"PENERAJU LATIHAN BERKUALITI, CEMERLANG DAN BERKESAN"
PENGENALAN JABATAN / UNIT
Jabatan Pembangunan Latihan (JPL) dan Unit Latihan Dalam Perkhidmatan (ULDP) berperanan dalam merancang dan mengendalikan pelbagai kursus atau program untuk seluruh staf (akademik dan bukan akademik). JPL/ULDP juga bertanggungjawab memberi latihan kepada pegawai perkhidmatan pendidikan secara berterusan, profesional, cekap dan berkesan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Guru, visi dan misi Institut Pendidikan Guru KPM, Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Bahagian Sumber Manusia KPM. Kursus-kursus yang dikendalikan melibatkan kursus peningkatan profesionalisme kegurusan dan kursus dalam perkhidmatan. Kursus peningkatan profesionalisme keguruan dilaksanakan melalui Latihan Pembangunan Profesional (LPP) sepanjang tahun dan dirancang berdasarkan analisis keperluan latihan melalui Kajian Keperluan Latihan yang dilaksanakan kepada semua staf IPGKSM. Pada tahun 2022, JPL/ULDP akan mempergiatkan lagi usaha mempromosikan kursus dan latihan kepada guru-guru sekolah khususnya dan komuniti lain amnya. JPL/ULDP juga berusaha untuk mempertingkatkan dan memperkasakan lagi pengetahuan dan kemahiran pensyarah, staf pengurusan, staf sokongan dan guru-guru sekolah dalam tugas mereka, memberi pendedahan kepada mereka tentang perkembangan-perkembangan semasa yang berkaitan dengan sistem pendidikan di negara ini, melengkapkan pensyarah dan guru sekolah dengan pendekatan pedagogi terkini, kemahiran berfikir, kemahiran menjalankan penyelidikan dan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi.
CARTA ORGANISASI