JABATAN KECEMERLANGAN AKADEMIK
IPG KAMPUS DARULAMAN
Memperkasa Akademik, Meneraju Kecemerlangan
IPG KAMPUS DARULAMAN
Memperkasa Akademik, Meneraju Kecemerlangan
PISMP AMBILAN OGOS 2023-2027
Tarikh: 11 November 2025 (Selasa)
Masa: 9.00 pg
Tempat: Pusat Sumber
Buku Program PPISMP Sesi 2025/2026
Buku Program PISMP Ogos 24_29 dan PISMP Ogos 25-29 (SSM)
📆 Tarikh / Hari: 14-15 Julai 2025 / Isnin - Selasa
⏰ Masa : 8.30pg - 4.00ptg
🏫 Tempat : INSPIN, Alor Setar, Kedah
👩🏫 JU Task Force Pembelajaran Digital
(4 penceramah dan 3 fasilitator)
👩🏫👨🏫 Peserta : 14 Pensyarah IPGKDA & 13 Guru Sekolah Pengajar (Negeri Kedah)
Kursus ini dianjurkan oleh Jabatan Kecemerlangan Akademik (JKA) dengan kerjasama ULDP sebagai inisiatif memperkasa kemahiran dan pengetahuan warga pendidik selaras dengan perkembangan teknologi pendidikan semasa. Sesi ini berbentuk perkongsian ilmu oleh kumpulan Task Force yang telah aktif membangunkan dan meneroka pelbagai kaedah serta sumber inovatif dalam PdP.
Objektif Kursus
✅Meningkatkan literasi pendidik terhadap penggunaan teknologi dan AI dalam pendidikan.
✅Memberi pendedahan kepada aplikasi dan platform terkini yang menyokong pedagogi digital.
✅Berkongsi amalan terbaik dalam penghasilan bahan bantu mengajar kreatif dan interaktif.
Kandungan Perkongsian
1️⃣ Komik & Ebook – Pn Roshada
👉Perkongsian tentang penghasilan komik dan ebook sebagai medium bantu belajar yang lebih menarik dan berkesan.
2️⃣ AI @ Wayground & AI Quizizz Certified Educator – Pn Rawaidah
👉Demonstrasi dan panduan menggunakan platform AI Wayground serta integrasi AI dalam Quizizz untuk penilaian lebih dinamik.
3️⃣ Google Vids – Pn Aufa
👉Pendedahan kepada fungsi dan potensi Google Vids dalam penghasilan video PdP secara kolaboratif dan interaktif.
4️⃣ AI Gamifikasi @ Canva – Pn Asmalinda
👉Perkongsian tentang penggunaan Canva dan AI dalam mencipta elemen gamifikasi yang menarik untuk pengajaran dan pembelajaran.
🌟Secara keseluruhannya, sesi perkongsian ini telah memberi manfaat besar kepada semua peserta dengan memperkenalkan pelbagai alat dan pendekatan baru yang mampu meningkatkan keberkesanan PdP dan mengasah kemahiran peserta berkaitan penggunaan Generatif AI dalam pdp dan dalam bidang pendidikan.
Seramai 32 orang peserta, terdiri daripada 19 pensyarah IPGKDA dan 13 guru sekolah pengajar , telah berjaya menyelesaikan pembelajaran serta memperoleh sijil Wayground AI Certified Educator sempena Slot Aplikasi Wayground dalam Bengkel Generatif AI Siri 2, sekali gus membuktikan komitmen tinggi mereka dalam memperkukuh kemahiran serta penguasaan teknologi AI generatif.
PROJEK PEMERKASAAN DAN PEMBUDAYAAN PENDIGITALAN DI KAMPUS IPGKDA MELALUI PENSIJILAN KOMPETENSI DIGITAL
📆 Tarikh / Hari: 1 - 2 Julai 2025 / Selasa - Rabu
⏰ Masa : 8.30pg - 4.00ptg
🏫 Tempat : INSPIN, Alor Setar, Kedah
👩🏫 JU Task Force Pembelajaran Digital
👩🏫👨🏫 Kursus melibatkan 4 org penceramah, 3 fasilitator, : 14 Pensyarah/ Peg Pengurusan IPGKDA & 11 Guru Sekolah Pengajar (Teaching School) IPGKDA
Kursus anjuran Jabatan Kecemerlangan Akademik (JKA) dengan kerjasama Unit Latihan dalam Perkhidmatan (ULDP).
Sesi perkongsian ilmu daripada team Task force :
✅Komik, Ebook & AudioBook AI - Pn Rawaidah
✅Ai Video - Pn Amirah
✅Ai Wayground - Pn Farihah
✅AI Gamifikasi @ Canva - Pn Sharifah
Semoga ilmu yang dikongsikan dapat menghasilkan inovasi dalam PdPc, meningkatkan keberkesanan penyampaian PdPc dan pengurusan pendidikan.
PISMP AMBILAN OGOS 2024-2029
Tarikh: 10 Julai 2025
Masa: 2.30 pg - 4.00 ptg
Tempat: Anjung Bicara Ilmu, Pusat Sumber
BENGKEL TOT KECERDASAN BUATAN (AI) DALAM PENDIDIKAN DIGITAL
Tarikh: 27-29 April 2025
Masa: 8.30 pg - 10.00 mlm
Tempat: Hotel Grand Continental, Langkawi
Sasaran: Task Force Digital, Ju Digital Learning Jabatan dan JK Digital (19 Org peserta)
Di antara ilmu digital (AI) yang telah dikongsikan kepada para peserta:
1) Menjana soalan pentaksiran menggunakan AI@Quizizz
2) Menghasilkan permainan pendidikan dan kuiz interaktif menggunakan AI@Canva.
3) Membuat rumusan dan mind map menggunakan NotebookLM
4) Menghasilkan komik berkaitan PdP menggunakan Chatgpt.
5) Menghasilkan lukisan menggunakan Autodraw, berkomunikasi dengan AI menggunakan Pi Ai dan menghasilkan lagu menggunakan Suno AI.
6) Menghasilkan video pendidikan menggunakan AI@Google Vids
7) Menggunakan Gemini Advance untuk mendapatkan bahan kajian, menggunakan fungsi Gemini untuk email, drive dan Slides.
Semoga beroleh manfaat.
#AIforEducation #DigitalLeadership #IPGKDA2025
#Bersama-samaFokusdanSinergi
Bengkel Kerja Kecerdasan Buatan (AI) dalam Pengurusan Digital dan Anggaran Belanjawan Mengurus (ABM) Tahun 2027
Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman (IPGKDA)
Dengan kerjasama antara Jabatan Kecemerlangan Akademik (JKA) dan Unit Latihan Dalam Perkhidmatan (ULDP) telah menganjurkan Bengkel Kerja Kecerdasan Buatan (AI) dalam Pengurusan Digital dan Anggaran Belanjawan Mengurus (ABM) Tahun 2027. Bengkel ini telah diadakan di Hotel Grand Continental, Pulau Langkawi, dan disertai oleh seramai 26 orang ahli MPPP IPGKDA.
Program ini bertujuan untuk:
• Meningkatkan literasi teknologi dalam kalangan warga akademik IPGKDA,
• Memberi pendedahan tentang penggunaan AI dalam pengurusan pentadbiran pendidikan,
• Menyediakan warga IPGKDA dengan kemahiran praktikal berkaitan penyediaan Anggaran Belanjawan Mengurus 2027.
Antara pengisian utama bengkel ialah:
• Slot 1: AI @ WORKS – Penerokaan penggunaan AI dalam tugasan harian pendidikan.
• Slot 2: AI @ CANVA – Penggunaan kecerdasan buatan dalam reka bentuk bahan pembelajaran.
• Slot 3: ABM 2027 – Latihan intensif penyediaan belanjawan mengurus.
• Slot 4: AI @ QUIZIZZ – Integrasi AI dalam pentaksiran digital interaktif.
• Slot 5: Teambuilding dan Refleksi – Pemantapan semangat kerja berpasukan dan sesi penutup.
Bengkel ini membuktikan komitmen IPGKDA dalam mendepani arus Revolusi Industri 4.0, khususnya dalam memperkasa peranan pendidik sebagai penggerak utama transformasi pendidikan digital negara.
#AIforEducation #DigitalLeadership #IPGKDA2025
#Bersama-samaFokusdanSinergi
BENGKEL KERJA PENGURUSAN CDL (PROGRAM)
IAB Cawangan Utara
7 - 9 April 2025 | Isnin - Rabu | 8.00 pagi - 5.00 petang
JK Pengurusan CDL dengan kerjasama JKA telah berbengkel selama tiga hari untuk menyediakan Laporan CDL Program bagi memenuhi keperluan MQA dan MKSP ISO. Bengkel telah dikendalikan oleh Unit Penambahbaikan Berterusan Akademik melibatkan semua penyelaras CDL jabatan/unit. Selain itu juga, bengkel ini dapat menyediakan Manual Penyediaan CDL (Program) untuk rujukan pensyarah menyiapkan laporan CDL dengan lebih mudah.
Memperkasa Akademik Meneraju Kecemerlangan
Bersama-sama Fokus dan Sinergi, Sinar Ilmu di Utara
IPG Kampus Darulaman - Rasmi | IPGKDA TV |
TAKLIMAT DAN PEMILIHAN KURSUS ELEKTIF (PILIHAN) PPISMP SEMESTER III SESI 2024/2025 (JUN - JULAI 2025)
Anjung Wacana Ilmu, Pusat Sumber
20 Mac 2025 | Khamis | 11.30 pagi
Seramai 123 orang pelajar PPISMP bidang Bahasa Melayu dan TESL telah mengikuti taklimat dan pemilihan kursus elektif (kursus pilihan) bagi melengkapkan pengajian semester III sesi 2024/2025. Taklimat disampaikan oleh Penyelaras PPISMP, KU Program Pengajian Akademik, KU Pembelajaran Digital dan wakil dari Jabatan STEM dan Jabatan Sains Sosial. JKA mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua jabatan atas kesediaan menawarkan empat kursus elektif pada semester akan datang.
Memperkasa Akademik Meneraju Kecemerlangan
Bersama-sama Fokus dan Sinergi, Sinar Ilmu di Utara
IPG Kampus Darulaman - Rasmi | IPGKDA TV |
PPISMP Ambilan Ogos 2024/2029
Tarikh: 20 Mac 2025 (Khamis)
Masa: 11.30 pg - 1.00 tgh
Tempat: Anjung Bicara Ilmu, Pusat Sumber
Link pemilihan akan dibuka selepas selesai taklimat.
Harap maklum.
BENGKEL PENGURUSAN AKADEMIK & PENTAKSIRAN PENSYARAH BAHARU (MAC 2025)
Bilik Mesyuarat Seroja, JKA
16 - 19 Mac 2025 | Ahad - Rabu | 8.30 pagi - 4.00 petang
IPGKDA menerima enam orang pensyarah baharu yang tamat cuti belajar (HLP) dalam pelbagai bidang. Sehubungan dengan itu, JKA mengambil inisiatif melaksanakan bengkel yang memfokuskan kepada pengurusan akademik dan pentaksiran sebagai persediaan awal sebelum mereka melaksanakan tugas PdP dan pentaksiran kelak. Bengkel selama empat hari dibimbing oleh Ketua-ketua Unit JKA, Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian, Ketua Pemeriksa Dalam serta Penyelaras EOMS. JKA mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka yang kini bergelar pensyarah IPG.
Memperkasa Akademik Meneraju Kecemerlangan
Bersama-sama Fokus dan Sinergi, Sinar Ilmu di Utara
IPG Kampus Darulaman - Rasmi | IPGKDA TV |
STUDIO PENYELIDIKAN (SIRI 2): PENGURUSAN RUJUKAN (MENDELEY)
Dalam Talian (Google Meet)
14 Mac 2025 | Jumaat | 2.30 Petang
Jawatankuasa Penyelidikan Pelajar dengan kerjasama JKA menganjurkan siri bimbingan penyelidikan kepada pelajar PISMP ambilan 2021/2026 tentang aplikasi Mendeley dalam pengurusan rujukan. Bengkel dilaksanakan secara dalam talian telah dibimbing oleh Dr. Farihah Hussain, Pensyarah Jabatan Bahasa Arab. Semoga bengkel sebegini dapat membantu pelajar menjalankan penyelidikan dengan lebih berkesan. JKA mengucapkan terima kasih kepada Penyelaras dan semua jawatankuasa yang terlibat.
Memperkasa Akademik Meneraju Kecemerlangan
Bersama-sama Fokus dan Sinergi, Sinar Ilmu di Utara
IPG Kampus Darulaman - Rasmi | IPGKDA TV |
MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP) SESI 2025/2026
Anjung Bicara Ilmu, Pusat Sumber
13 Mac 2025 | Khamis | 8.00 Pagi
Majlis Watikah Pelantikan JPP Sesi 2025/2026 berlangsung dengan penuh istiadat bagi memperkenalkan barisan JPP kepada semua warga IPGKDA. Pelantikan JPP merupakan satu agenda penting untuk memberikan pengiktirafan kepada calon yang terpilih secara demokrasi dalam pilihanraya yang diperuntukkan dalam Jadual ketiga Akta 174. Semoga majlis yang gilang gemilang dan penuh bermakna ini akan menyemarakkan lagi semangat barisan JPP yang akan menerajui kepemimpinan pelajar di peringkat kampus. JKA merakamkan ucapan tahniah dan mengalu-alukan pelantikan tersebut.
Memperkasa Akademik Meneraju Kecemerlangan
Bersama-sama Fokus dan Sinergi, Sinar Ilmu di Utara
IPG Kampus Darulaman - Rasmi | IPGKDA TV |
INDUKSI PENSYARAH BAHARU (MAC 2025)
Makmal Bestari 3, ULDP
12 Mac 2025 | Rabu | 8.30 Pagi - 1.00 Tengah hari
IPGKDA menerima enam orang pensyarah baharu yang ditempatkan semula selepas menamatkan cuti pengajian. ULDP dengan kerjasama UPsK telah menganjurkan Induksi Pensyarah Baharu pada 11 - 13 Mac 2025. JKA turut diamanahkan memberikan perkongsian tentang Spesifikasi Tugas & ATP, Pengurusan Akademik dan Pengurusan Digital. Ketua Jabatan, KU Pengurusan Akademik dan KU Pembelajaran Digital telah menyempurnakan slot masing-masing. JKA mengalu-alukan semua pensyarah baharu dan mengucapkan tahniah kepada yang kini menjadi warga IPGKDA.
Memperkasa Akademik Meneraju Kecemerlangan
Bersama-sama Fokus dan Sinergi, Sinar Ilmu di Utara
IPG Kampus Darulaman - Rasmi | IPGKDA TV |
GOTONG ROYONG & IFTAR HARIAN MASJID AN-NUR
Masjid An-Nur
09 Mac 2025 | Ahad | 10.00 Pagi
Jabatan Bahasa Arab dengan kerjasama Jabatan Kecemerlangan Akademik dan Unit Peperiksaan & Penilaian telah bergandingan mengelolakan iftar harian bersama-sama pelajar di Masjid An-Nur. Gotong royong menyediakan juadah berbuka dimulakan sejak awal pagi melibatkan pensyarah dan pelajar. Majlis iftar dimeriahkan dengan kehadiran ahli-ahli MPPP, pensyarah dan pelajar yang mencecah 350 orang. Semoga aktiviti sebegini memberikan pengalaman dan kenangan bermakna buat pelajar.
Memperkasa Akademik Meneraju Kecemerlangan
Bersama-sama Fokus dan Sinergi, Sinar Ilmu di Utara
IPG Kampus Darulaman - Rasmi | IPGKDA TV |
SESI LIBAT URUS (SLU) JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH BERSAMA-SAMA IPGKDA
Jabatan Teknologi Pendidikan IPGKDA
06 Mac 2025 | Khamis | 10.00 Pagi
Sektor Pembelajaran JPN Kedah telah bertandang ke IPGKDA bagi menjayakan Sesi Libat Urus (SLU) susulan kunjungan IPGKDA kepada Pengarah JPN Kedah sebelum ini. Pasukan JPN Kedah diketuai oleh KPPK Unit TVET, En. Jamaludin Mohd Noh bersama-sama KPPK Unit Sains Matematik, Pn. Sarina Khalid. Turut sama hadir ialah KPP Unit TVET, Pn. Wan Nurulhuda Abdul Hamid dan KPP Unit Sains Matematik, Pn. Roselina Ramli. Perbincangan kedua-dua pihak mencapai kata sepakat untuk menggembleng kekuatan dan kepakaran bagi menangani isu-isu yang melingkari warga pendidikan di negeri Kedah. Fokus akan diberikan kepada pembudayaan amalan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan peluasan program Sekolah Pengajar IPG di sekolah-sekolah terpilih seluruh Kedah seperti yang telah dipersetujui oleh Tuan Pengarah Pendidikan Negeri sebelum ini. JKA, JPPI dan JIP turut dilibatkan dalam sesi perbincangan tersebut. JKA diwakili oleh Ketua Jabatan, Penyelaras Amalan Pedagogi Masa Kini, Dr. Farihah Hussain dan Penyelaras PBD, Nor Syahrul Bariyah Johari. IPGKDA menyambut baik inisiatif dan usaha murni JPN Kedah melalui Sektor Pembelajaran bagi memperkukuhkan kerjasama strategik ke arah kebersamaan dan keharmonian bagi memacu pendidikan di negeri Kedah.
Bersama-sama Fokus dan Sinergi, Sinar Ilmu di Utara
IPG Kampus Darulaman - Rasmi | IPGKDA TV |
SESI LIBAT URUS (SLU) IPGKDA BERSAMA-SAMA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH
Pejabat Pengarah JPN Kedah
03 Mac 2025 | Isnin | 11.00 Pagi
IPGKDA telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah sempena Sesi Libat Urus (SLU) IPGKDA bersama-sama Jabatan Pendidikan Negeri Kedah pada 3 Mac 2025 bertempat di Jabatan Pendidikan Negeri Kedah. SLU memfokuskan kepada strategi pengambilan pensyarah baharu dalam kalangan warga pendidikan JPN Kedah serta perbincangan berhubung program dan inisiatif kerjasama antara kedua-dua agensi. Pengarah, Timbalan Pengarah dan KJ JKA telah mewakili IPGKDA dalam SLU tersebut. Pihak IPGKDA merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengarah JPN Kedah atas kerjasama dan komitmen jitu bagi menjayakan SLU tersebut. Semoga hubungan baik yang sedia terjalin di antara IPGKDA dan JPN Kedah akan memberi impak kepada pendidikan di negeri Kedah.
Bersama-sama Fokus dan Sinergi, Sinergi Ilmu di Utara
IPG Kampus Darulaman - Rasmi | IPGKDA TV |
MESYUARAT JAWATANKUASA ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR BIL. 1 TAHUN 2025
Bilik Mesyuarat Cempaka
24 Februari 2025 | Isnin | 2:30 Petang
JK Anugerah Kecemerlangan Pelajar bermesyuarat pada 24 Februari 2025 bagi memilih calon-calon yang akan mewakili IPGKDA bagi Anugerah Khas Istiadat Konvokesyen IPG KPM kali ke-15. Dalam masa yang sama, mesyuarat bersetuju menggerakan jawatankuasa ini untuk membangunkan pangkalan data Pembangunan Pelajar Cemerlang yang akan disinergikan bersama-sama oleh JKA, JHEP, JPPI, JTP, UPP dan jabatan akademik. Berpandukan pangkalan data yang dibangunkan, jawatankuasa ini akan merancang dan melaksanakan program-program sokongan ke arah kecemerlangan pelajar.
Bersama-sama Fokus dan Sinergi, Sinergi Ilmu di Utara
IPG Kampus Darulaman - Rasmi | IPGKDA TV |
BENGKEL PEMANTAPAN PROFESIONALISME PEMERIKSA DALAM
SSTP JPN Pulau Pinang
18-20 Februari 2025 | Isnin-Khamis | 8:30 Pagi
Jabatan Kecemerlangan Akademik, IPG Kampus Darulaman, telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Profesionalisme Pemeriksa Dalam bertempat di Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan (SSTP), JPN Pulau Pinang.
Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan kompetensi pemeriksa dalam, memperkukuh kefahaman terhadap prinsip pemeriksaan akademik, serta memastikan pematuhan kepada standard penilaian terkini dalam sistem pendidikan.
Melalui sesi latihan interaktif, peserta diberikan pendedahan mendalam mengenai kriteria penilaian, kaedah pemarkahan yang sistematik, serta strategi dalam mengekalkan ketelusan dan keadilan dalam proses pemeriksaan akademik.
Diharapkan bengkel ini dapat memberi impak positif dalam memperkasakan peranan pemeriksa dalam dan meningkatkan kualiti sistem pentaksiran akademik di IPGKDA.
Bersama-sama Fokus dan Sinergi, Sinergi Ilmu di Utara
IPG Kampus Darulaman - Rasmi | IPGKDA TV |
SESI DIALOG DINAMIKA KERJA ULDP, UPsK & JKA 2025
Tarikh : 17 Februari 2025
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Seroja, JKA
Sesi dialog antara JKA, ULDP dan UPsK telah dijayakan bagi menyelaraskan bidang kerja dan fungsi jabatan/unit ke arah memantapkan pengurusan jabatan/unit dan kampus. Ketiga-tiga pihak telah mencapai kata sepakat untuk bersama-sama menggembleng kekuatan ke arah matlamat yang satu.
PLC: PENYELIAAN KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN "ONE PAGE MODEL PROPOSAL"
Tarikh : 17 Februari 2025 (Isnin)
Masa : 9.00 hingga 11.00 pagi
Tempat : Bilik Permata, Pusat Sumber
JKA dengan kerjasama JK Penyelidikan Pelajar telah menganjurkan PLC Penyeliaan Kertas Cadangan Penyelidikan bertujuan memperkenalkan kepada pensyarah penyelia tentang penyediaan kertas cadangan dengan konsep "One Page Model Proposal". Perkongsian PLC telah disampaikan oleh Dr. Muhammad Nidzam bin Yaakob, KU Penyelidikan dan Inovasi JPPI melibatkan semua pensyarah penyelia penyelidikan.
STUDIO PENYELIDIKAN (SIRI 1): ASAS PENYELIDIKAN – PEMBINAAN OBJEKTIF, PERMASALAHAN DAN REKA BENTUK KAJIAN
Tarikh: 16 Februari 2025
Masa: 9.00 – 11.00 pagi
Sasaran: Pelajar PISMP ambilan 2021/2026
Anjuran: JK Penyelidikan Pelajar & JKA
JK Penyelidikan Pelajar dengan kerjasama JKA telah menganjurkan program Studio Penyelidikan bagi membimbing pelajar menyediakan kertas cadangan penyelidikan. KJ Sains Sosial, Dr. Hjh. Khalijah Ahmad dan KJ Pendidikan Islam dan Moral, Dr. Ahmad Tamizi Abu telah berkongsi kepakaran tentang pendekatan kualitatif dan kuantitatif serta reka bentuk penyelidikan yang dilaksanakan secara dalam talian melibatkan seramai 212 orang pelajar PISMP ambilan 2021/2026.
03 Februari 2025
Anjuran: IPGM & Jabatan Kecemerlangan Akademik (JKA)
Pegawai Khas Menteri Pendidikan, En. Abu Seman bin Mat Karim telah hadir menyampaikan perkongsian tentang Program Bina Insan Sejahtera yang berkonsepkan Malaysia Madani sempena Penataran Ekosistem Sekolah Fasa 1 di IPGKDA pada 03 Februari 2025. Program yang diterajui oleh IPGM melibatkan penceramah daripada pelbagai bahagian KPM dilaksanakan serentak di semua kampus IPGK sempena Penataran Ekosistem Sekolah Fasa 1 melibatkan pelajar PISMP Ambilan 2021/2025. Program ini menjadi platform penting untuk membina generasi muda yang berilmu, berani, dan bersatu dalam menghadapi cabaran masa depan. Usaha ini mencerminkan komitmen KPM dalam melahirkan modal insan yang mampu membawa perubahan positif kepada negara dan dunia.
MAKLUMAN 2025