Institut Pendidikan Guru Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru
Melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pembangunan guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia.
Melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pembangunan guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia.
Pelajar berpuas hati pada skor min 4.3 terhadap penilaian proses pendaftaran dan minggu pengurusan pelajar baharu yang dilaksanakan.
Pelajar berpuas hati sekurang-kurangknya pada skor min 4.3 terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran, kokurikulum dan bimbingan dalam amalan profesional.
Memastikan proses pemantauan pelaksanaan kurikulum dilaksanakan sekurang-kurangkan satu (1) tahun sekali.
Sekurang-kurangnya 99% pelajar yang menduduki peperiksaan lulus.
Keputusan peperiksaan akhir program/kursus dimaklumkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas mesyuarat Senat.
Pelajar berpuas hati pada skor min 4.3 terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran, kokurikulum dan bimbingan dalam amalan profesional.
Aduan pelanggan (pelajar) akan diambil tindakan dalam masa tiga (3) hari bekerja.
Semua Aduan pelanggan (pelajar) diberi maklumbalas dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
Memastikan program latihan dalam perkhidmatan memenuhi Standard Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PBB).
Memastikan semua pensyarah, pegawai dan staf pelaksana dapat memenuhi keperluan latihan berdasarkan arahan semasa Jabatan Perkhidmatan Awam.
Mesyuarat pengurusan kewangan, pembangunan dan aset serta pengurusan sumber manusia diadakan empat (4) kali setahun.
Pementauan ke atas keselamatan bangunan dan fizikal pejabat dilaksanakan dua (2) kali setahun.
Aktiviti penyelenggaraan semua peralatan teknologi maklumat dan komunikasi dilaksanakan dua (2) kali setahun.
Audit Dalaman dilaksanakan dua (2) kali setahun.
Mesyuarat Kualiti Institut (MKI) dilaksanakan dua (2) kali setahun.
Memastikan semua program ijazah mendapat akreditasi daripada MQA serta badan-badan profesional.
Memastikan kurikulum pra-perkhidmatan disediakan dengan lengkap satu (1) bulan sebelum perlaksanaan program.
Memastikan 100% pelajar baharu memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan.
Memastikan guru baharu lulusan IPG memenuhi 92% kriteria kepuasan pelanggan.
Menawarkan latihan kepada guru dalam perkhidmatan mengikut keperluan organisasi.
Memastikan keputusan peperiksaan akhir dimaklumkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas diperakui oleh Senat.
Memastikan penganugerahan Ijazah dan Diploma kepada lulusan dilaksanakan dalam tempoh satu (1) taun selepas keputusan peperiksaan akhir diumumkan.
Menyediakan perkhidmatan sokongan pengurusan dan teknologi maklumat.
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang (IPGKBL) bermula pada penghujung tahun 1947 dengan pengambilan seramai 19 guru pelatih, termasuk yang datang dari Sabarah dan Brunei Darusalem. Pada permulaan, latihan diadakan di Madrasah Melayu, Jalan Jawa (sekarang Jalan P. Ramlee) Kuching.
Institut dipindahkan ke tapak sekarang pada pertengahan tahun 1948 dan dibuka secara rasminya pada 1 Julai 1948 dengan nama Pusat latihan dan Sekolah Batu Lintang. Tapak ini adalah tapak kem tahanan tawanan perang semasa pendudukan Jepun. Adalah dianggarkan kem ini pernah menampung 3000 tahanan semasa pendudukan Jepun (1942-1945).
Sepuluh tahun kemudian pusat ini menukar nama kepada Maktab Latihan Batu Lintang. Pada 1967, maktab ini bertukar lagi kepada Maktab Perguruan Batu Lintang (MPBL). MPBL dinaiktarafnya ke Institut secara rasminya pada 1 April 2006 dan dikenali sebagai Institut Perguruan Batu Lintang (IPBL). Dengan pindaan Akta Pendidikan 1996, Bab 9 Seksyen 42 - 49 pada 4 Disember 2008, Institut ini ditukar nama rasminya lagi dan dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang.
Pada tahun 2009, Y.A.B Menteri Pelajaran, Dato' Hishamuddin Tun Hussein telah mengistiharkan secara rasmi semua Institut Perguruan di Malaysia dikenali dengan nama Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Kini, Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang bergelar Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang (IPGKBL) dan mengendalikan berbagai program latihan pra-perkhidmatan, pelbagai program latihan dalam perkhidmatan dan juga program Ijazah Sarjana Perguruan.
Layari lebih lanjut pada laman https://www.ipgkbl.com