Pengumuman
Pengumuman
Laman web ini sudah tidak digunapaikai mohon rujuk ke laman portal https://ipgkbl.moe.edu.my/ untuk maklumat terkini. Sekian, harap maklum!
Pengenalan
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang terletak di Bandaraya Kuching, ibu negeri Sarawak. Institut Pendidikan Guru Kampus merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang melatih bakal guru sekolah rendah dan menengah.
Institut ini bermula pada tahun 1947 dengan pengambilan seramai 19 orang guru pelatih, termasuk yang datang dari Sabah dan Brunei Darusalem. Institut ini berpindah ke tapak sekarang pada pertengahan tahun 1948 dan dibuka secara rasminya pada 1 Julai 1948 dengan nama Pusat Latihan Dan Sekolah Batu Lintang. Pada tahun 1958, pusat latihan ini bertukar nama kepada Maktab Latihan Batu Lintang. Pada tahun 1967, maktab ini bertukar namanya lagi kepada Maktab Perguruan Batu Lintang (MPBL).
MPBL dinaiktaraf kepada institut secara rasminya pada 1 April 2006 yang dikenali sebagai Institut Perguruan Batu Lintang (IPBL). Dengan pindaan Akta Pendidikan 1996, Bab 9 Seksyen 42- 49 pada 4 Disember 2008, institut ini bertukar nama dan dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang (IPGKBL).
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang (IPGKBL) adalah salah satu daripada 27 buah kampus di Malaysia. Kini Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang mengendali pelbagai program latihan pra-perkhidmatan, program latihan dalam perkhidmatan dan juga program Pengajian Ijazah Sarjana Perguruan.
Pintu Pagar Utama
Blok Pentadbiran
Auditorium TAZA
Lokasi & Hubungi Kami
Alamat:
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Jalan College, 93200 Kuching, Sarawak.
No. Tel : 082228000 (Pejabat Am)
No. Tel: 082254277 (Pejabat Pengarah)
No. Faks: 082-252 382
Email: pengarah.ipgmkbl@ipgm.edu.my