Setiap bahan yang terdapat dalam koleksi Pusat Sumber telah direkodkan dan diberi nombor khas yang unik bagi memudahkan proses pengesanan dan pencarian bahan.
Nombor tersebut dikenali sebagai nombor panggilan. Setiap nombor panggilan yang diberi adalah tertakluk kepada arahan dan tatacara pengkelasan dalam Dewey Decimal Classification Systems.
Koleksi Pusat Sumber dikelaskan mengikut Dewey Decimal Classification Systems.
Ringkasan pengkelasannya adalah seperti dalam jadual di sebelah kanan.
Koleksi ini ditempatkan di Aras 1. Bahan-bahan ini terbuka untuk pinjaman selama 14 hari/ 30 hari.
Merujuk kepada bahan Open Shelf. Merangkumi bahan-bahan yang terdiri daripada pelbagai tajuk perkara. Bahan ini boleh diakses melalui rak terbuka bagi tujuan sirkulasi. Jumlah pinjaman adalah tertakluk kepada kelayakan pengguna mengikut kategori samada 14 hari atau 30 hari.
Merujuk kepada bahan Reference atau rujukan. Terdiri daripada buku-buku yang tersenarai di koleksi umum bersifat akademik dengan meletakkan sekurang-kurangnya satu bahan atau lebih di bahagian ini. Jika pembelian dibuat untuk satu buah buku sahaja, buku ini tidak diletakkan di koleksi rak terbuka / pinjaman. Koleksi ini juga ditandakan dengan pelekat bewarna kuning dan hijau serta pinjaman untuk 2 hari.
Menempatkan jurnal, majalah, keratan akhbar, tesis, bahan-bahan yang dijilid dan lain-lain. Jurnal ditandakan dengan pelekat berwarna putih.
Menempatkan alat pandang dengar seperti disket, cakera padat, dvd, cd-rom. Boleh diakses di ruang ICT dan ditempatkan di Aras 1.
Mengandungi bahan-bahan terbitan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Bahagian Pendidikan Guru termasuk laporan-laporan, bulletin, prosiding dan lain-lain. Bahan-bahan ini tidak boleh dipinjam keluar melainkan untuk aktiviti rasmi Institut.
Merujuk kepada bahan Rujukan Khas. Koleksi di bahagian ini merupakan koleksi seperti ensiklopedia, kamus, istilah, buku panduan, bibliografi, indeks, abstrak dan lain-lain. Bahan dalam koleksi ini ditandakan dengan pelekat berwarna oren. Ia hanya untuk rujukan di dalam Perpustakaan sahaja.
Koleksi di bahagian ini merupakan koleksi bahan dari Universiti Otago untuk kegunaan pengguna. Bahan dalam koleksi ini ditandakan dengan pelekat berwarna merah jambu dan mempunyai pelbagai ketegori bahan iaitu Open Shelf Otago (OSO) , Reference Otago (RO) , Rujukan Khas Otago (RKO), Folio Rujukan Khas Otago (FRKO) dan Fiksyen Otago (FO).
Bahan yang diterbitkan oleh Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang. Antaranya adalah seperti laporan tahunan, kencana, cauldron, buku konvokesyen, koleksi artikel dan pelbagai lagi.
Merupakan bahan-bahan mengenai Sarawak yang diterbitkan di dalam Malaysia mahupun di luar negara. Bahan dalam koleksi ini ditandakan dengan pelekat bewarna biru dan hanya untuk rujukan di dalam Perpustakaan sahaja.
Koleksi bahan Perpustakaan yang ditakrif sebagai koleksi nadir adalah bahan terbitan lama yang diterbitkan sebelum tahun 1900. Takrif ini juga diterima pakai bagi bahan yang amat sukar diperolehi ataupun sudah habis cetakan dan tidak lagi didapati dalam pasaran.
Koleksi disertasi oleh pensyarah dan guru pelatih institut. Koleksi ini tidak boleh dipinjam keluar dan hanya boleh dirujuk di dalam perpustakaan sahaja.
Koleksi ini ditempatkan di Aras 1 di ruangan kanak-kanak. Bahan-bahan ini terbuka untuk pinjaman selama 14 hari/ 30 hari.
Koleksi ini merupakan bahan bacaan asas bagi setiap mata pelajaran. Koleksi ini boleh dipinjam untuk tempoh dua (2) minggu.
Koleksi bahan yang unik, mengandungi nilai sejarah, sumbangan perseorangan dan sukar untuk diperolehi.