FALSAFAH KOKURIKULUM
Program/Aktiviti Kokurikulum dapat membentuk dan memupuk kemahiran kepemimpinan, semangat kesukarelaan dan kesukanan. Penglibatan pelajar dalam program/aktiviti kokurikulum boleh membantu ke arah mewujudkan masyarakat yang demokratis, berakhlak mulia, berdisiplin, berdedikasi, berinovatif dan berkreatif. Program/Aktiviti Kokurikulum juga dapat mengukuhkan lagi integrasi kaum bagi membantu usaha mencapai matlamat perpaduan negara, patriotisme dan masyarakat penyayang . Ia seterusnya boleh menyokong Core Business Guru sebagaimana Anjakan 3 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu Melahirkan Rakyat Yang Menghayati Nilai yang secara langsung membangunkan murid secara holistik dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid dalam 1Sukan, 1Kelab dan 1Badan Beruniform.
GELERI AKTIVITI UNIT KOKURIKULUM
Pautan Orang Awam
Pautan KPM