TUGASAN 1: UJIAN (30%)
Pelajar dikehendaki menjawab soalan ujian yang mengandungi item-item berkaitan dengan Asas Literasi, Teori Pemerolehan Bahasa dan Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) dengan betul dan menepati skema pemarkahan.
Arahan Pelaksanaan Tugasan 1
Tugasan ini merupakan tugasan individu.
Tugasan ini adalah dalam bentuk ujian iaitu mengandungi dua soalan struktur dan setiap soalan mengandungi pecahan (a) dan (b).
Setiap soalan mengandungi 15 markah iaitu memperuntukkan 5 markah untuk pecahan (a), dan 10 markah bagi pecahan (b).
Ujian ini memerlukan masa untuk menjawab selama satu jam.
Ujian ini dijalankan secara serentak bagi kumpulan BMMB1, BMMB2 dan BMMB3.
Ujian ini memperuntukkan 30% daripada keseluruhan markah Pentaksiran Berterusan (100%).
Amalan meniru tidak dibenarkan sama sekali.
Tugasan yang baik harus mempunyai kriteria berikut
Dapat menjawab semua soalan ujian dengan betul dan menepati skema pemarkahan.
Dapat menepati masa yang ditetapkan.
TUGASAN 2: PERSEMBAHAN (30%)
Aktiviti pembelajaran bagi kemahiran membaca sering menghadapi isu dan halangan hingga menjejaskan aspek keterampilan berbahasa murid. Untuk menangani isu tersebut, penghasilan modul pembelajaran yang sesuai dengan tahap pencapaian murid haruslah diambil kira termasuk penyediaan bahan dan aktiviti pengajaran.
Secara berkumpulan, anda dikehendaki menghasilkan satu modul pembelajaran berdasarkan satu isu bahasa yang berkaitan dengan aspek keterampilan bahasa bagi kemahiran membaca (BMMB1134 - Tugasan 3: Penghasilan Produk). Berdasarkan modul yang dihasilkan itu, anda dikehendaki membuat satu persembahan dengan menghubungkaitkan penguasaan literasi bahasa dengan aktiviti dan bahan pengajaran tersebut. (BMMB1124 - Tugasan 2: Persembahan). Persembahan tersebut juga hendaklah mengaplikasikan aktiviti aspek keterampilan berbahasa berdasarkan teknik penyampaian dalam pengucapan awam yang telah anda pelajari. (BMMB1134 - Tugasan 2: Persembahan).
Arahan Pelaksanaan Tugasan:
Tugasan ini dilaksanakan secara interdisciplinary bagi kursus BMMB1124 (Tugasan 2), dan BMMB1134 (Tugasan 2 dan Tugasan 3).
Idea utama dalam ketiga-tiga tugasan ini ialah “Generasi Kompeten Membina Ketamadunan Bangsa”.
Tugasan ini dilaksanakan secara berkumpulan iaitu dua hingga tiga orang.
Isu yang dipilih meliputi aspek keterampilan berbahasa ialah berfokuskan kemahiran membaca murid.
Setiap kumpulan diminta menghasilkan modul kemahiran membaca secara fragmentasi berdasarkan kontruk dalam kemahiran pemulihan yang ditetapkan.
Aktiviti tersebut hendaklah menunjukkan pengetahuan dan kemahiran yang harus dikuasai oleh murid berdasarkan aktiviti merungkai.
Aktiviti dalam modul itu juga hendaklah menunjukkan kreativiti dari segi reka bentuk dan sesuai dengan tahap pencapaian murid berdasarkan ujian diagnostik yang dijalankan.
Modul tersebut hendaklah mengandungi bahan pembelajaran dan aktiviti yang secukupnya serta mengandungi instrumen pentaksiran untuk mengukur keberkesanannya.
Produk yang dihasilkan hendaklah dalam bentuk modul maujud (cetakan) dan digital (Sites).
Modul yang baik hendaklah dibuktikan melalui keberhasilan dan manual penggunaannya.
Modul tersebut juga hendaklah mengandungi objektif pembelajaran (OP) dan kriteria kejayaan (KK).
Selain itu, modul tersebut hendaklah mesra murid dan mempunyai konsep serta kerangka strategi yang jelas sebagai panduan.
Modul yang siap hendaklah dilaksanakan kepada murid-murid berdasarkan kumpulan mengikut pencapaian.
Produk yang telah dihasilkan hendaklah dipersembahkan termasuklah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di sekolah yang telah dikenal pasti.
Persembahan tersebut hendaklah menunjukkan reka bentuk, ciri-ciri keberkesanan modul dan mengaplikasikan aspek-aspek keterampilan pelajar dalam membuat pembentangan.
Bahan persembahan juga hendaklah menunjukkan infografik yang sesuai dan kreatif.
Persembahan tersebut adalah berbentuk rakaman Youtube yang dimainkan selama 7 hingga 10 minit sebelum aktiviti maklum balas yang diberikan oleh pensyarah secara fizikal.
Pautan produk yang dihasilkan dan persembahan hendaklah dihantar dalam tapak Google Classroom (GC) yang disediakan.
Tugasan-tugasan ini akan dinilai berdasarkan rubrik bagi kursus masing-masing.
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB)
Elemen-elemen Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) yang diterapkan dalam tugasan ini merangkumi:
Kriteria: Komunikasi (C4)
Spesifikasi: Mempersembahkan produk yang dihasilkan berdasarkan kemahiran yang dipelajari dengan mengaplikasikan teknik penyampaian dalam pengucapan awam yang telah dipelajari.
Kriteria: Pemikiran Kritis (C5)
Spesifikasi: Memberi justifikasi sesuatu masalah atau isu yang dipilih dan menilai serta memilih ciri-ciri modul yang sesuai untuk dihasilkan berdasarkan masalah kemahiran pemulihan yang dihadapi.
Kriteria: Kreativiti (C6)
Spesifikasi: Menghasilkan reka bentuk modul yang kreatif serta idea-idea baharu sesuai dengan pencapaian murid bagi memastikan keberkesanan modul tersebut.
Kriteria: Memanfaatkan Kemudahan Digital (LD3)
Spesifikasi: Menggunakan kemudahan digital dan aplikasi grafik dalam menghasilkan reka bentuk modul dan infografik persembahan yang berkesan.
Kriteria: Perkaitan (R2)
Spesifikasi: Kandungan modul yang dipersembahkan melalui pemanfaatan digital menunjukkan persekitaran pembelajaran yang relevan dengan kehidupan seharian.
Kriteria: Penglibatan (Engagement) (E1)
Spesifikasi: Kandungan modul yang dihasilkan dan dipersembahkan melalui pemanfaatan sumber digital dapat menarik minat murid untuk belajar.
Kriteria: Peneguhan (Enhancement) (E2)
Spesifikasi: Kandungan modul yang dipersembahkan melalui sumber digital dapat memudahkan pemahaman murid dalam meningkatkan kemahiran pemulihan yang dipelajari.
Kriteria: Peluasan (Extension) (E3)
Spesifikasi: Pelajar dapat membina pengetahuan dan kemahiran baharu berdasarkan modul yang dihasilkan dan membuka peluang kepada pelajar untuk mendapatkan maklum balas tentang aspek penambahbaikan untuk digunakan di sekolah.
TUGASAN 3: PENULISAN (40%)
Pada tahun 2019, Malaysia berada di tangga ke-54 dari aspek bacaan daripada 74 buah negara yang menyertai Program for International Student Assessment (PISA). Dapatan tersebut menunjukkan bahawa masalah literasi bahasa dalam bacaan perlu ditangani bagi melahirkan generasi Malaysia yang kompeten ke arah pembinaan ketamadunan bangsa.
Analisiskan masalah penguasaan literasi bahasa murid di sekolah rendah dari aspek bacaan berdasarkan ujian diagnostik, halangan, isu dan cabaran yang dihadapi setelah aktiviti intervensi dilaksanakan.
Arahan Pelaksanaan Tugasan:
Tugasan ini dilaksanakan secara individu dan dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan.
Panjang tugasan ialah 1500 patah perkataan dan mesti dinyatakan.
Masalah literasi bahasa yang dihadapi hendaklah berdasarkan dapatan daripada ujian diagnosis yang dijalankan.
Halangan, isu dan cabaran hendaklah berkaitan dengan masalah yang telah dikenal pasti melalui ujian diagnosis tersebut selepas aktiviti intervensi dilaksanakan.
Sumber rujukan hendaklah sekurang-kurangnya 10 (buku/jurnal/prosiding/majalah dll).
Hasil kerja kursus berbentuk teks perlu ditaip mengikut kaedah penulisan ilmiah.
Penulisan dan sumber rujukan perlu mengikut format American Psychological Association (APA) yang terkini.
Amalan plagiat tidak dibenarkan.
Jidar bagi penulisan kerja kursus adalah seperti berikut:
Jidar kiri 3.81 sm setiap muka surat
Jidar Kanan 2.54 sm setiap muka surat
Jidar Atas 2.54 sm setiap muka surat
Jidar bawah 2.54 sm setiap muka surat
Jenis dan Saiz Tulisan bagi setiap kerja kursus adalah seperti berikut:
Tajuk 1: Arial 13 (Bold), langkau 1.5 baris
Tajuk 2: Arial 11 (Bold), langkau 1.5 baris
Sub-tajuk : Arial 11 (Bold), langkau 1.5 baris
Sub-sub-tajuk : Arial 11 (Bold) langkau 1.5 baris
Penulisan bagi isi/huraian/perbincangan : Arial 11, langkau 1.5 baris
Teks penulisan kerja kursus hendaklah "Justify Alignment".
Nombor halaman muka surat hendaklah diletakkan di bahagian bawah tengah dengan tulisan
Arial 11.
Semua tugasan hendaklah dihantar dengan memuat naik ke Google Classroom pada tarikh yang ditetapkan.
Tugasan yang lambat dihantar akan menjejaskan markah.
Tugasan kerja kursus anda hendaklah dijilid dan mengandungi butiran yang berikut:
Nama Pelajar
Angka Giliran
Nombor Kad Pengenalan
Kumpulan/Unit
Kod dan Nama Kursus
Nama Pensyarah
Pengakuan pelajar menerima maklum balas daripada pensyarah
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB)
Elemen-elemen Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) yang diterapkan dalam tugasan ini merangkumi:
Kriteria: Komunikasi (C4)
Mengkomunikasikan maklumat secara berkesan dalam bentuk penulisan.
Kriteria: Pemikiran Kritis (C5)
Menganalisis maklumat atau data tentang masalah penguasaan literasi bahasa murid dengan kritis dari aspek masalah, halangan, isu dan cabaran yang dihadapi serta mengaitkan situasi sebenar murid.