Modul-modul BaNgKiT yang diterbitkan adalah berbentuk modul pengajaran.
Ia adalah sebagai panduan kepada para pengguna terutamanya Pelajar IPGM untuk memilih pengajaran yang bersesuaian dengan keupayaan murid keciciran.
Modul ini terdapat 3 variasi iaitu Modul BaNgKiT Literasi Bahasa Melayu, Modul BaNgKiT Literasi al-Quran, dan Modul Numerasi.
Ketiga-tiga modul mempunyai tujuan dan skop yang berbeza, namun fokus dan tujuannya adalah selari dengan pelaksanaan BaNgKiT ini.
Modul-modul ini boleh juga diguna pakai oleh semua pengajar.