Apabila seseorang itu melakukan perkara yang bercanggah atau tidak mengikut peraturan yang ditetapkan syarak dan diajarkan Rasulullah S.A.W, solatnya batal atau rosak.
Batal atau rosak ibadah adalah disebabkan kekurangan mana-mana perkara yang wajib dilakukan.
Apabila rosak atau batal mana-mana ibadat, ia tidak lagi dinamakan ibadat. Solat yang terbatal hendaklah dilakukan semula.
Berlaku hadas kecil
Berlaku hadas besar
Bercakap yang disengajakan walaupun sedikit
Melakukan pergerakan besar
Makan dan minum
Ketawa dengan kuat
Murtad
Gila
Berpaling daripada kiblat
Membiarkan aurat terbuka
Menjadi makmum kepada imam yang tidak sah solatnya
Mendahului atau tertinggal 2 rukun fi'li daripada imam dengan sengaja
Mengulangi takbiratul ihram untuk kali kedua dengan niat iftitah
Mendapat pakaian ketika sedang solat
Was-was dalam solat
Berubah niat kepada solat yang lain
Niat keluar atau menamatkan solat sebelum menyempurnakannya
Berazam untuk menghentikan solat
Was-was sama ada hendak menghentikan solat atau tidak
Meninggalkan rukun solat dengan sengaja termasuk bacaan
Mengulangi rukun fi'li dengan sengaja
Mendahului rukun-rukun solat
Terbuka khuf
Waktu yang mengharuskan orang yang memakai khuf menyapunya ketika wudhu' telah tamat
Sengaja memanjangkan rukun yang pendek
Sengaja memberi salam sebelum sempurna solat
Kembali duduk selepas bangun berdiri
SUMBER : AL-FIQH AL-ISLAMIY WA ADILLATUH, DR. WAHBAH AL-ZUHAILIY, DAR AL FIKR, DAMSYIQ, 1418H / 1997M, HAL. 1047-1050
MARI BELAJAR BERSAMA OMAR HANA !