KONBAYU

KONVENSYEN BAHASA MELAYU (KONBAYU) 2023

LATAR BELAKANG


Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM) telah merancang untuk melaksanakan Konvensyen Bahasa Melayu (KONBAYU) 2023 secara dalam talian sebagai medium yang mampu meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia, khususnya dalam pemartabatan pendidikan bahasa Melayu. Melalui KONBAYU 2023, golongan pendidik dan wakil dari pelbagai agensi dapat berkumpul untuk berkongsi dan menyebar luas maklumat berkaitan penyelidikan dan  inovasi.


Penganjuran KONBAYU 2023 diharap dapat menyemarak dan menggalakkan budaya penyelidikan dan rekayasa penemuan (inovasi) tentang bahasa, budaya dan sastera Melayu serta bidang-bidang lain kepada khalayak pendidik dan warga KPM. Konvensyen ini juga merupakan satu pentas perkongsian ilmu dan perbincangan ahli akademik, pakar pedagogi, pakar bahasa, dan para pendidik untuk berkongsi idea, pandangan dan pendapat, selain untuk menarik minat ahli akademik dan masyarakat ke arah menjadikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu  dan bidang-bidang lain selari dengan perkembangan dunia pendidikan abad ke-21. 

OBJEKTIF

ANJURAN

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu

TEMA

Bersama-sama Memartabatkan Pendidikan Berteraskan Bahasa Melayu

TARIKH

5 - 6 September 2023

ACARA KONBAYU 2023


1.     Seminar Pendidikan


2. Pertandingan dan Pameran Poster Digital Bahasa Melayu dan Bidang-bidang Lain

 

3. Pertandingan dan Pameran Inovasi Bahasa Melayu dan Bidang-bidang Lain

TARIKH - TARIKH PENTING

Pengumuman pemenang: 6 September 2023 

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI

 

           

E-mel: konbayu@ipgkbm.edu.my