MENGGUNAKAN GOOGLE FORMS DAN GOOGLE SHEETS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) BAHASA MELAYU
Objektif:
Pada akhir sesi ini, peserta dapat:
1. membina kuiz menggunakan Google Forms.
2. menganalisis jawapan soalan kuiz dan memanipulasi data menggunakan Google Sheets.
3. menggunakan Google Forms dan Google Sheets dalam PdP Bahasa Melayu.
Kandungan Pengajaran
1.1 Pengenalan Google Forms dan Google Sheets
1.2 Membina kuiz menggunakan Google Forms
1.4 Menganalisis jawapan kuiz menggunakan Google Sheets
1.5 Menggunakan Google Forms dan Google Sheets dalam PdP BM
1.1 Pengenalan Google Form dan Google Sheet
PENGENALAN
Google Forms merupakan aplikasi Google Suite @ G-Suite yang boleh diakses secara dalam talian secara percuma selain Google Docs, Google Sheets, dan Google Slides dalam Google Drive. Google Forms mudah untuk digunakan apabila digandingkan dengan Google Sheets untuk mendapatkan data dan menyimpan data terus ke hamparan data tersebut . Data-data yang tersimpan dalam Google Sheets boleh dianalisis untuk memberi maklumat yang dikehendaki. Selain itu Google Forms boleh memberi analisis secara terus.
Google Forms adalah borang maya yang membolehkan kita mendapatkan maklumat-maklumat tertentu yang dikumpulkan daripada responden yang telah kita tetapkan. Contohnya kita boleh mendapatkan maklumat peribadi responden dengan membina borang menggunakan Google Forms dan disebar luaskan secara perkongsian dengan responden yang tetapkan atau sesiapa sahaja yang boleh akses kepada borang tersebut denganmenggunakan peranti dan gajet terkini seperti telefon pintar, tablet, komputer riba atau komputer meja.
Aplikasi Google Forms berfungsi bagi memberi kelebihan kepada anda dalam mengurus data serta berinteraksi dengan pengguna anda. Antara fungsi Google Forms:
Google Sheets merupakan aplikasi hamparan data dalam talian dalam G-Suites yang membolehkan kita mencipta dan memformat hamparan data serta boleh berkongsi dan menyunting hamparan data secara dalam talian .
Tutorial untuk mencipta Google Forms.
Tutorial untuk membina kuiz menggunakan Google Forms.
Modul Google Forms
Sila klik Ujian Bahasa Melayu untuk melihat contoh ujian menggunakan Google Forms.
Menggunakan Google Forms dan Google Sheets dalam PdP BM
Membina Bahan Bantu Mengajar Interaktif Menggunakan Google Sheet