PRASHAANTHINI SIVAMOORTHY

Aplikasi Classcraft merupakan satu aplikasi secara atas talian (online) yang dapat digunakan dalam pembelajaran secara maya menerusi inovasi DESKRIPTIVITI DIGITAL. Classcraft juga merupakan plaform e-pembelajaran bagi membantu murid lebih kreatif dalam menghasilkan video cerita baharu yang menarik. Aplikasi Classcraft juga dikenali sebagai gamification. Gamification adalah menggunakan asas mekanisme game, estetika dan pemikiran game untuk mengaktifkan, memotivasi tindakan, mendorong pembelajaran dan menyelesaikan masalah. Classcraft boleh berdiri sendiri seperti Digital Learning Object (DLO) dan boleh diguna semula (re-usable) melalui gabungan produk digital rakan kumpulan DESKRIPTIVITI DIGITAL iaitu aplikasi Scratch dan perisian PowerPoint dengan ciptanya Virtual Reality World “Dunia 3 Dimensi”.