SejarahNet merupakan laman sesawang khas yang dibangunkan untuk membantu murid Tahun 4 dalam menguasai fakta mengenai Parameswara sebagai Pengasas Melaka. SejarahNet ini dilengkapi dengan pelbagai bentuk bahan termasuklah nota, video dan kuiz yang dapat digunakan oleh murid ataupun guru Sejarah itu sendiri. Penggunaan SejarahNet ini memberi peluang dan ruang kepada murid untuk berinteraksi sama ada dengan guru ataupun dengan rakan-rakan lain.