CIKGU HAJI KHAIRI BIN MOHD NOOR
KETUA PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH 2024
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Azza Wa Jalla dengan izin-Nya, SPM "EASY ACCESS" @ PENERAJU ATAU S.E.A @ PENERAJU berjaya diterbitkan. Sekalung apresiasi dan tahniah atas usaha Sektor Pembelajaran PPDKT dalam penghasilannya yang mesra pengguna.
Selaras dengan matlamat PPD Kuala Terengganu sebagai Peneraju Kecemerlangan Pendidikan, penerbitan S.E.A. @ PENERAJU ini diharapkan dapat menjadi satu medium dalam memberikan input yang lengkap kepada semua sekolah dalam daerah Kuala Terengganu.
Semua maklumat dan data yang terdapat dalam S.E.A. @ PENERAJU ini seharusnya dapat digunakan dengan sebaik-baiknya demi merealisasikan impian setiap sekolah untuk berada pada kedudukan yang teratas, sekali gus mencipta anjakan yang luar biasa.
Kemenjadian dan kejayaan murid bermula daripada permuafakatan setiap guru dan warga sekolahnya yang sentiasa nekad dalam memburu kejayaan.
Sekian,
“Anjakan Muafakat Nekad”
"Education is not preparation for life; education is life itself"
Haji Jelani Bin Sulong
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu 2022