Program ini merupakan inisiatif IKM untuk bertemu dengan koperasi, pada masa yang sama memberi penerangan tentang program pembangunan modal insan yang dianjurkan oleh IKM bagi tahun 2021. Objektif utama program ini adalah untuk memberi informasi kepada koperasi dalam merebut peluang tahun 2021 daripada segi latihan, perniagaan dan ekonomi serta maklumat mengenai bantuan dan sokongan oleh agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dalam menjayakan Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030 dan Pelan Transformasi Koperasi Malaysia 2021 – 2025 (TransKoM).
Sempena program ini, IKM akan menganjurkan taklimat promosi Program Latihan IKM 2021 bagi menyalurkan maklumat tentang kursus tahun 2021 yang telah dirancang. Selain itu, ada juga taklimat koperasi / usahawan berjaya yang akan berkongsi kisah kejayaan serta forum yang akan berkongsi platform, bantuan dan sokongan oleh agensi di bawah MEDAC kepada koperasi dan usahawan.