PERTANDINGAN MENGARANG DAN MENDEKLAMASIKAN SAJAK

SEJAHTERA-INTERVARSITY PROFICIENCY COMPETITION 1.0

(SEJAHTERA-IVPC 1.0)

PERTANDINGAN MENGARANG DAN MENDEKLAMASIKAN SAJAK

Pertandingan Mengarang dan Mendeklamasikan Sajak merupakan aktiviti anjuran Divisyen Bahasa Melayu, CELPAD, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Pertandingan ini terbuka kepada semua mahasiswa daripada institut pengajian tinggi yang terlibat. Pertandingan ini bertujuan mencungkil bakat mahasiswa untuk berkarya iaitu mengarang sajak dan mendeklamasikan sajak. Di samping itu, pertandingan ini diharapkan dapat membantu meningkatkan tahap motivasi dalam kalangan mahasiswa di samping menawarkan pengalaman yang bermakna melalui penglibatan dalam pertandingan-pertandingan anjuran universiti lain.

OBJEKTIF PERTANDINGAN

Objektif pertandingan ini adalah untuk:

Dalam pelaksanaan pertandingan ini, semua peserta dikehendaki mengarang sebuah sajak dan mendeklamasikan sajak tersebut dengan menepati tema di bawah:


‘Melatari Peradaban Menelusuri Warisan’


Para peserta bebas meluahkan fikiran masing-masing dalam penghasilan sajak ini. Tajuk yang dipilih perlulah menyentuh satu daripada aspek budaya dalam masyarakat Melayu seperti bahasa, sastera, adat, tradisi, amalan, atau pemikiran orang Melayu dengan menepati tema pertandingan ini.

Seterusnya, para peserta dikehendaki mendeklamasikan sajak dalam bentuk rakaman video berdasarkan kreativiti masing-masing. Penilaian juri merangkumi kedua-dua aspek iaitu penulisan sajak dan deklamasi sajak.

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

Syarat Umum:

  1. Pertandingan ini terbuka kepada semua mahasiswa daripada institut pengajian tinggi yang terlibat.

  1. Setiap universiti yang terlibat perlulah menghantar sekurang-kurangnya tiga penyertaan.

  1. Penyertaan adalah secara individu.

  1. Sajak yang dihasilkan mestilah dalam bahasa Melayu.

  1. Karya peserta mestilah bertetapan dengan tema yang ditetapkan oleh pihak penganjur iaitu 'Melatari Peradaban Menelusuri Warisan’ serta tidak mengandungi unsur-unsur negatif.

  2. Setiap peserta dikehendaki mengarang dan mendeklamasikan sajak tersebut dalam bentuk rakaman video.

  3. Sajak yang dihantar mestilah karya asli yang tidak pernah memenangi sebarang pertandingan dan tidak pernah diterbitkan dalam mana-mana penerbitan, dan tidak pernah disiarkan dalam media sosial.

  4. Para peserta hendaklah mengisi dan melengkapkan Surat Perakuan Keaslian Karya.

  1. Setiap karya yang dihantar berhak diguna, disiar atau dicetak oleh pihak penganjur dalam apa-apa bentuk media tanpa makluman rasmi kepada penulis. Namun, karya yang dihasilkan adalah kekal milik penulis.

  2. Para peserta dikehendaki memberikan maklumat yang lengkap di samping menyertakan salinan kad pelajar di dalam borang penyertaan melalui Google Form.

  3. Peserta dikehendaki merakam video secara melintang (mod landskap) jika menggunakan telefon bimbit.

  4. Untuk penghantaran pertandingan, dokumen penulisan sajak dan video deklamasi sajak hendaklah dilampirkan bersama-sama dalam borang penyertaan. Sila muat naik video dalam pelantar YouTube serta salin pautan YouTube berkenaan ke dalam borang penyertaan.

  5. Tarikh akhir penghantaran adalah pada 18 Jun 2022 (Sabtu), pukul 5.00 petang melalui Google Form (borang penyertaan).

  6. Senarai pemenang akan diumumkan pada 'Final Showcase'.

  7. Setiap pemenang akan menerima hadiah wang tunai dan semua peserta akan menerima e-sijil.

  8. Keputusan juri adalah muktamad.

ARAHAN PERTANDINGAN

Pertandingan ini ialah “Pertandingan Mengarang dan Mendeklamasikan Sajak”. Oleh itu, setiap peserta dikehendaki mengarang sajak berdasarkan tema yang ditetapkan serta mendeklamasikan sajak tersebut. Berikut merupakan arahan pertandingan ini:

MENGARANG SAJAK

  1. Sajak mestilah menepati tema pertandingan.

  1. Tajuk sajak hendaklah ditaip dengan huruf besar dan bercetak tebal.

  1. Panjang sajak ialah 25 hingga 35 baris.

  1. Sajak perlu dihantar dalam format Microsoft Word, dengan langkau 1.5 dan tulisan Arial bersaiz 11.

  2. Dokumen penulisan sajak perlu dilampirkan dalam borang penyertaan.

DEKLAMASI SAJAK

      1. Sajak yang dihasilkan perlu dideklamasikan dalam bentuk rakaman video.

      2. Masukkan maklumat tajuk sajak dan nama pengkarya sahaja dalam video tanpa menyertakan nama universiti.

      3. Penggunaan muzik latar dan visual yang menepati elemen budaya dalam rakaman deklamasi sajak amat digalakkan.

      4. Ketetapan masa ialah tiga hingga lima minit.

      5. Video deklamasi sajak yang dihasilkan hendaklah dimuat naik dalam pelantar YouTube dengan tetapan umum.

      6. Nama video deklamasi sajak yang hendak dimuat naik hendaklah ditulis mengikut format;

SEJAHTERA-IVPC: Deklamasi Sajak (Tajuk sajak peserta).

ASPEK PENILAIAN

Video deklamasi sajak akan dinilai mengikut kriteria dan skema pemarkahan di bawah:

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:


Mohd Fauzan Bin Mat Jam Jam

Divisyen Bahasa Melayu,

CELPAD, IIUM, Gombak.

ivpc@iium.edu.my