PIAGAM PELANGGAN
PIAGAM PELANGGAN
PIAGAM PELANGGAN PUSAT SUMBER IAB
Kami di Pusat Sumber Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia, dengan penuh tekad, berazam dan berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk;
● Mengenal pasti dan memenuhi keperluan maklumat pengguna.
● Memperoleh, menyusun dan memelihara bahan sumber dan rekod bibliografi demi memaksimumkan akses kepada koleksi sumber pengajaran dan pembelajaran IAB.
● Memberi perkhidmatan yang cekap dan mesra.
Bahawasanya piagam pelanggan Pusat Sumber Pendidikan ini mencerminkan piagam induk IAB dan Kementerian Pelajaran Malaysia sesuai dengan tarafnya sebagai satu jabatan dalam institusi ini. Selaras dengan hasrat dan matlamat yang dipertanggungjawabkan oleh kementerian kepada IAB serta jabatan, kami sentiasa berusaha memantapkan sistem pengurusan pendidikan yang terbaik di rantau ini dan pada peringkat antarabangsa.
Sekiranya ada mana-mana kliental, sama ada sebagai institusi atau individu yang kurang puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Pusat Sumber Pendidikan atau yang berpendapat bahawa perkhidmatan yang diberi itu tidak menepati janji di atas, pihak berkenaan bolehlah menghubungi Pengarah IAB atau Pusat Sumber Pendidikan. Kami berjanji akan menyiasat dan mengambil tindakan untuk memperbaiki keadaan dalam tempoh yang tidak melebihi dua minggu daripada tarikh aduan diterima.