AMINUDDIN BAKI
AMINUDDIN BAKI
ALLAHYARHAM AMINUDDIN BAKI DALAM KENANGAN
(26 Januari 1926 – 24 Disember 1965)
Allahyarham Aminuddin Baki dilahirkan pada 6 Januari 1926 di Kg Batu Sembilan, Chemor, Perak. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Chemor dari tahun 1932 hingga 1936. Selepas lulus peperiksaan darjah lima beliau meneruskan pelajarannya di Sekolah Anderson, Ipoh. Sekolah tersebut merupakan sekolah Inggeris terbaik dan mempunyai guru yang baik serta berpengalaman. Allahyarham Aminuddin Baki belajar di sekolah tersebut dari tahun 1936 hingga 1941.
Sekitar tahun 1945 hingga 1946 beliau mula menunjukkan minat terhadap persatuan pelajar. Beliau sangat kagum dengan Persatuan Pelajar-pelajar Melayu yang ditubuhkan pada 20 November 1945 di Victoria Institution, Kuala Lumpur yang pada ketika itu hanya mempunyai 11 orang ahli. Persatuan ini kemudiannya menjadi Kesatuan Kesuratan Penuntut-penuntut Melayu yang ditubuhkan pada 11 Februari 1946. Kesatuan ini telah menubuhkan satu jawatankuasa bagi menyatukan semua persatuan pelajar di negara ini dan Aminuddin Baki telah dilantik sebagai setiausaha. Pada masa yang sama beliau telah menubuhkan persatuan pelajar di Perak yang dikenali sebagai Persatuan Pelajar-pelajar Melayu Insaf (PERMI) pada bulan April 1946.
Pada usia 36 tahun beliau telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Pendidikan Selangor. Pada masa yang sama beliau turut aktif dalam persatuan dan pertubuhan lain seperti Senat Universiti Malaya, Persatuan Al-Rahman, Persatuan Sejarah Tanah Melayu serta Dewan Bahasa dan Pustaka. Dengan usaha beliau juga peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) diwujudkan. Beliau telah menubuhkan Lembaga Peperiksaan Malaysia pada tahun 1963.
"MANUSIA MATI MENINGGALKAN NAMA"
PERJUANGAN DEMI PERJUANGAN
KERATAN AKHBAR BERKENAAN AMINUDDIN BAKI
DIKENALI SEBAGAI "BAPA PENDIDIKAN MALAYSIA"
BUKU BIOGRAFI AMINUDDIN BAKI "ARKITEK PENDIDIKAN NEGARA"
"JASAMU DIKENANG, BUDIMU DISANJUNG"