PESANAN PENGETUA

Pesanan ​Pengetua SMK Seri Permaisuri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

       Alhamdulillah segala puji bagi Allah kerana dengan izin-Nya dapat saya memberi sepatah dua kata di dalam ruangan SiTE PIBG SMK Seri Permaisuri ini. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada SiTE PIBG sekolah kerana telah membangunkan laman SiTE PIBG ini untuk kegunaan warga sekolah.

Selaras dengan hasrat PPPM 2013-2025 iaitu untuk mencapai  lima keberhasilan teras pendidikan bagi menentukan kejayaan sistem pendidikan Malaysia secara keseluruhan. Anjakan ke 7 untuk Transformasi Sistem yang digariskan dalam PPPM 2013 – 2025, memberi penekanan kepada warga sekolah untuk memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

Sehubungan dengan itu,  dengan adanya aplikasi SiTE diharapkan dapat memberi peluang kepada guru dan pelajar menggunakan teknologi pembelajaran secara maya dalam mempelbagaikan corak PdP daripada secara konvensional kepada atas talian (maya). Ini secara tidak langsung dapat merealisasikan hasrat yang telah di susun oleh KPM.

Selain itu, diharapkan laman web SiTE PIBG ini juga dapat mempertingkatkan kualiti pengurusan dan pendidikan supaya lebih cekap dan mantap serta memberi kemudahan kepada pihak luar khususnya kepada ibu bapa pelajar untuk mengikuti perkembangan anak-anak mereka secara dalam talian.

 Sebelum saya mengakhiri kata-kata ini, sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat untuk kecemerlangan anak - anak murid SMK Seri Permaisuri

Sekian, terima kasih.

 

EN. SAIFUL BAHRI BIN MUHAMMAD

PENGETUA 

SMK SERI PERMAISURI