Pesanan ​Pengetua SMK Seri Permaisuri


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program Khidmat Kebajikan Sekolah. Saya selaku pengasas program bersama Sekretariat Khidmat Kebajikan sedang berusaha melaksanakan Laman SEPERMAIcareline atas dasar kemasyarakatan dan kemanusiaan sebagai inisiatif tambahan untuk memudahkan pihak sekolah membantu warga sekolah yang memerlukan bantuan.

Selaras dengan hasrat PPPM 2013-2025 anjakan ke 7 untuk Transformasi Sistem yang digariskan dalam PPPM 2013 – 2025, memberi penekanan kepada warga sekolah untuk memanfaatkan ICT bagi meningkatkan interaksi antara pelaksana sekolah dengan warga sekolah, maka program secara talian maya dapat direalisasikan. Sehubungan dengan itu, dengan adanya aplikasi site SEPERMAIcareline diharapkan dapat memberi peluang kepada semua warga sekolah menggunakan teknologi secara maya dalam membantu warga sekolah yang amat memerlukan perhatian dan bantuan. Ini secara tidak langsung dapat merealisasikan hasrat yang telah di susun oleh KPM yang mengutamakan kebajikan warga sekolah.

Selain itu, diharapkan laman web Site SEPERMAIcareline ini juga dapat mempertingkatkan kualiti pengurusan supaya lebih cekap dan mantap serta memberi kemudahan kepada semua warga khususnya kepada murid untuk mendekatkan diri dengan pihak sekolah.

Sebelum saya mengakhiri kata-kata ini, sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam pembangunan laman SEPERMAIcareline

Sekian, terima kasih.


ROZITA BINTI PUTEH

Pengetua