ULRS2902 - Section K1
Lambang Pengakap Dunia
Lambang Pengakap Malaysia
Lencana Kelanasiswa
Pengenalan
Penubuhan Kelanasiswa Malaysia atau Malaysia University Rovers bermula atas inisiatif beberapa orang tokoh pemimpin pengakap di universiti pada awal tahun 1987 di bawah Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) yang menjadi sebuah Negeri sama seperti 16 Negeri dalam naungan PPM . Kewujudan penubuhan Kelanasiswa Malaysia ini adalah berdasarkan kesedaran bahawa pergerakan pengakap mampu mendisipinkan diri pelajar bukan sahaja di peringkat sekolah rendah, menengah, kolej bahkan juga di peringkat universiti. Di samping itu, latihan yang sistematik dalam pergerakan pengakap dianggap boleh membantu untuk melahirkan bakal pemimpin negara dalam kalangan siswa siswi universiti kearah kemenjadian sebagai warganegara aktif dan positif mengikut peredaran zaman dan juga sebagai wadah penggerak utama pembangunan insan.
VISI
Persatuan Pengakap Malaysia akan dilihat sebagai sebuah organisasi yang diurus secara cekap, moden dan berdikari bagi menyediakan program muda remaja yang berkualiti, berteraskan nilai melalui pemimpin yang bertanggungjawab dan berwibawa membangun Warganegara yang berguna.
MISI
Misi Kepengakapan ialah memberi sumbangan kepada pendidikan generasi muda melalui satu sistem nilai yang berasakan kepada Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap, membantu membina dunia yang lebih baik, di mana penduduknya boleh berdikari sebagai individu serta dapat memainkan peranan yang berguna untuk masyarakat.
LOKASI LATIHAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA KUALA LUMPUR
Jalan Sultan Yahya Petra, Universiti Teknologi Malaysia, 54100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur