OBJEKTIF
Memberi pengetahuan dan kemahiran kebolehan teras kepada pelatih melalui modul nilai teras yang telah diperakui sepanjang tempoh pengajian di GIATMARA.
LEARNING OUTCOME
Diakhir sesi pelatih boleh;
Mendisiplinkan diri dan patuh kepada peraturan yang telah ditetapkan GIATMARA serta mempunyai jati diri yang teguh melalui modul asas kepimpinan.
Mengamalkan budaya bersih dan serta bersosial melalui komunikasi yang berkesan diantara satu sama yang lain melalui modul etika ditempat kerja.
Merancang, melaksanakan dan menyediakan laporan aktiviti sebelum, samasa dan selepas minggu aktiviti dilakukan melalui modul pengurusan program.
Menerangkan dan mengamalkan akhlak dan peribadi seorang muslim yang sejati mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh islam melalui modul
pembangunan jiwa insan.
Menerangkan dan mengamalkan sikap moral yang baik mengikut modul pendidikan moral.
Merancang, melaksanakan dan menyediakan dokumentasi dengan menjadikan simulasi projek perniagaan dilapangan melibatkan aktiviti penubuhan syarikat,
membangunkan profil syarikat, rekod pengurusan kewangan dan strategi pemasaran melalui modul keusahawanan.
Menerangkan tentang akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan 1994 OSHA, akta kerja 1955 dan akta alam sekitar 2012 melalui modul pengurusan keselamatan,
kesihatan dan kesejahteraan.