Untuk makluman semua pelajar program Diploma, Peperiksaan Akhir Program Diploma KPTM Sesi November 2025 akan dilaksanakan bermula dari 11 Mac 2026 hingga 6 April 2026.
Semua pelajar program Diploma KPTM DIWAJIBKAN untuk melaksanakan perkara-perkara di bawah SEBELUM menduduki peperiksaan akhir:
Menjelaskan semua yuran pengajian.
Mencetak Slip Menduduki Peperiksaan melalui sistem SPMP.
Mencetak Slip Semakan Kelayakan Menduduki Peperiksaan Sesi 1125 (semakan dan cetakan slip bermula dari 2 Mac 2026, jam 12:00 tengah hari).
Membawa Slip Menduduki Peperiksaan, Slip Semakan Kelayakan Menduduki Peperiksaan Sesi 1125 dan kad ID pelajar / Mykad pelajar semasa memasuki dewan peperiksaan.
Pelajar TIDAK DIBENARKAN MASUK ke dalam dewan peperiksaan sekiranya GAGAL membawa bersama dokumen tersebut.
Pelajar diminta HADIR 20 MINIT AWAL ke dewan peperiksaan.
Untuk sebarang pertanyaan, sila ke Kaunter Seksyen Perkhidmatan Akademik.
Terima kasih.
CAPAIAN PELAJAR : PROGRAM DIPLOMA
STUDENT ACCESS : PROGRAM AA231
PETA KAMPUS KPTM BANGI