"KREATIVITI DALAM TINDAKAN, INOVASI DALAM PENJIMATAN"
Program Penjimatan di Pejabat ini bertujuan untuk menggalakkan semua warga kerja KPTMSB mengamalkan penggunaan sumber dengan lebih cekap dan berhemah. Dengan mengurangkan penggunaan elektrik, air, dan kertas dapat menyumbang kepada pemeliharaan alam sekitar. Bukan itu saja, usaha kecil ini juga mampu memberi impak besar terhadap pengurangan perbelanjaan dan penggunaan tenaga keseluruhan pejabat.
Penjimatan tenaga elektrik di pejabat merupakan usaha penting untuk meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga, menyokong amalan kelestarian alam sekitar serta mengurangkan kos operasi. Penggunaan tenaga yang bijak bukan sahaja menjimatkan perbelanjaan bulanan tetapi juga membantu mengurangkan pelepasan karbon (CO₂) yang memberi kesan kepada perubahan iklim.
Penjimatan tenaga elektrik di pejabat bukan sahaja tanggungjawab pihak pengurusan tetapi juga setiap warga kerja. Melalui amalan yang konsisten, setiap tindakan kecil seperti mematikan lampu, kipas atau menetapkan suhu penghawa dingin yang sesuai mampu memberi kesan besar terhadap penggunaan tenaga keseluruhan.
Antara contohnya, notis peringatan ditampal berhampiran suis lampu dan kipas bagi mengalakkan budaya “Matikan jika tidak digunakan” dalam kalangan warga pejabat.
Air adalah sumber semula jadi yang sangat penting. Penggunaan air yang berlebihan di pejabat bukan sahaja meningkatkan bil utiliti, tetapi juga memberi kesan negatif kepada alam sekitar seperti pembaziran sumber dan pencemaran.
Pengamalan penjimatan air di pejabat adalah langkah mudah tetapi memberi impak besar. Dengan kesedaran kakitangan, pejabat dapat beroperasi dengan lebih efisien, menjimatkan kos, dan menyumbang kepada kelestarian alam sekitar.
Salah satu amalan penjimatan air di pejabat adalah dengan meletakkan poster peringatan “Jimat Air” di kawasan strategik seperti berhampiran sinki, tandas, dan pantri.
Penggunaan kertas yang berlebihan di pejabat bukan sahaja meningkatkan kos operasi, tetapi juga memberi kesan negatif terhadap alam sekitar — termasuk penebangan pokok, peningkatan sisa buangan, dan penggunaan tenaga dalam pengeluaran kertas. Oleh itu, kempen mengurangkan penggunaan kertas merupakan langkah penting ke arah mewujudkan pejabat yang lebih lestari dan efisien.
Salah satu kaedah yang dilaksankan dengan menggantikan borang bercetak kepada borang dalam talian (online forms).
Penjimatan Kertas: Tiada cetakan diperlukan, mengurangkan pembaziran kertas.
Penjimatan Kos: Mengurangkan kos pembelian kertas, dakwat pencetak, dan penyelenggaraan mesin.
Kecekapan Masa: Maklumat diterima serta-merta tanpa perlu mengumpul borang bercetak.
Kemudahan Akses: Jawapan boleh diakses dari mana-mana dan pada bila-bila masa.
Pengurangan Sisa Pejabat: Mengurangkan jumlah kertas yang perlu dikitar semula atau dibuang.
Keselamatan Data: Data boleh dilindungi dengan kata laluan dan kawalan akses, lebih selamat daripada borang bercetak yang boleh hilang.
Botol air pakai buang merupakan salah satu sumber sisa plastik utama di pejabat. Pengurangan penggunaan botol air pakai buang adalah langkah praktikal dan mudah untuk menjimatkan sumber, mengurangkan pencemaran plastik, dan menyokong amalan pejabat hijau. Dengan menyediakan alternatif seperti botol boleh guna semula dan dispenser air, pejabat dapat menggalakkan budaya mesra alam dalam kalangan kakitangan.
Sediakan Botol Air Boleh Guna Semula:
Galakkan kakitangan membawa botol air sendiri (reusable bottle) untuk kegunaan harian.
Pasang Penapis Air / Dispenser:
Sediakan penapis air atau dispenser air sejuk/panas di pejabat supaya kakitangan boleh mengisi botol mereka tanpa perlu membeli air botol.
Hadkan Pengedaran Botol Air Pakai Buang:
Hentikan atau kurangkan pemberian botol air percuma dalam mesyuarat atau acara pejabat. Gantikan dengan stesen air refill.
Program Kitar Semula ini dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif untuk mewujudkan persekitaraan pejabat yang lebih lestari, bersih dan kondusif. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran warga kerja KPTMSB terhadap kepentingan pengurusan sisa yang sistematik serta amalan penjimatan sumber secara berterusan.
Melalui penyediaan tong pengasingan sis seperti kertas, plastik, tin dan sisa am, semua staf digalakkan untuk mengamalkan budaya pengasingan sisa di punca. Langkah ini bukan sahaja membantu proses kitar semula, malah dapar mengurangkan pembaziran serta menyokong usaha kelestarian alam sekitar.