Selamat Datang ke Laman Rasmi
PTGSA 30
TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 31 Oktober 2025 | Jumaat (sebelum jam 11:59 malam).
Selamat Datang ke Laman Rasmi
PTGSA 30
Sejak 1991, Pameran Terbuka Galeri Shah Alam (PTGSA) menjadi platform seni yang meraikan kreativiti dan kepelbagaian penggiat seni tanah air. Dalam tiga dekad penganjuran, PTGSA terus berkembang daripada medan seni formal kepada ruang inklusif yang menghimpunkan pelbagai suara, latar dan medium yang mencerminkan denyut nadi masyarakat Malaysia.
Menginjak edisi ke-30, kami mengalu-alukan karya yang lebih eksperimental dan kontemporari, termasuk instalasi, media berasaskan masa (time based) dan arca awam sebagai ruang terbuka untuk pengkarya mengekspresikan idea secara bebas, berani dan berskala besar.
PTGSA kekal sebagai medan cerita dari masyarakat, untuk masyarakat.
Terbuka kepada Warganegera Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
Staf GSA tidak dibenarkan menyertai pameran ini.
Yuran penyertaan sebanyak RM30.00 akan dikenakan kepada yang LAYAK BERPAMER SAHAJA.
Sijil penyertaan akan diberikan kepada peserta yang TERPILIH sahaja.
Karya dihantar mestilah milik asal peserta dan dihasilkan pada tahun 2025 sahaja.
Tidak pernah ditawarkan untuk dijual, diterbitkan atau dipamerkan secara umum.
Sekiranya karya asal TIDAK SAMA dengan karya digital atau karya TIDAK memenuhi syarat akan DITOLAK serta merta.
GSA akan mengenakan potongan 15% pada setiap jualan karya.
GSA berhak mendapatkan salinan rakaman karya.
Tema adalah BEBAS dengan syarat tidak menyentuh dan menyinggung mana-mana agama,bangsa, dan perundangan.
Penggunaan media adalah BEBAS selagi tidak mendatangkan kemudaratan dan menjejaskan kesihatan individu lain.
Penggunaan bahan organik dan serat yang akan menyebabkan kerosakan pada karya TIDAK DIBENARKAN.
GSA tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua kehilangan / kerosakan karya semasa penghantaran ke GSA.
Selepas penjurian fasa 1, peserta yang telah menerima makluman emel diminta untuk hantar karya untuk penjurian fasa akhir.
Karya hendaklah dihantar terus ke alamat:
Galeri Shah Alam,
Persiaran Tasik, Seksyen 14,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Peserta yang tidak terpilih mestilah menuntut karya pada tarikh yang akan dimaklumkan melalui e-mel.
Waktu pengambilan karya pada jam 10:00 pagi - 5:00 petang
Peserta yang terpilih menyertai PTGSA30 mestilah MENUNTUT karya 2 MINGGU selepas dari tarikh TAMAT pameran.
Bagi memudahkan urusan serahan karya, peserta digalakkan menghubungi GSA dengan memberi butiran karya sehari sebelum tarikh pengambilan.
Karya yang TIDAK DITUNTUT pada 2 minggu selepas tamat pameran adalah dianggap sebagai HAK MILIK GSA dan boleh dilupuskan dalam apa-apa cara yang dianggap sesuai oleh GSA
Peserta boleh menghantar wakil untuk menuntut karya dengan syarat disertakan bersama SURAT KEBENARAN PESERTA sebagai bukti.
Peserta dinasihatkan menginsurankan karya mereka bagi tempoh SEBELUM, SEMASA dan SELEPAS pameran berlangsung.
Karya akan dinilai oleh panel juri profesional.
KEPUTUSAN JURI ADALAH MUKTAMAD.
GSA berhak untuk mempamerkan, mengarkibkan dan menghasilkan semula imej karya peserta secara eksklusif bagi tujuan promosi, tanpa had serta bayaran royalti.
Sebarang maklumat peribadi yang diberikan kepada GSA akan dilindungi dibawah Akta 709: Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (APDP).