Tentang PTGSA

Galeri Shah Alam (GSA) telah memulakan Pameran Terbuka sejak tahun 1991 dan merupakan aktiviti tahunan dengan memberi peluang dan ruang kepada semua karyawan seni visual untuk mempamerkan kemampuan hasil-hasil karya mereka dengan menyertai pameran.

Konsep Pameran PTGSA masih mengekalkan TERBUKA dan BEBAS. Para peserta dikehendaki menghasilkan karya 2D, 3D, instalasi dan media baru mereka dari pelbagai sudut dengan mengaplikasikan konsep kreativiti & inovatif (idea, bahan dan teknik, gubahan, warna dan kekemasan) serta terbaru dalam menyampaikan daya irniginasi mereka melalui pelbagai medium.

GSA menghargai hasil kreativiti dan inovatif karyawan dengan idea-idea yang bersifat simbolik, metafora dan abstraksi untuk penghayatan masyarakat. Penganjuran ini merupakan satu penghasilan karya seni visual yang diolah isi dan bentuk agar menjadi satu produk budaya yang mengarnbarkan mercu tanda kegemilangan tamadun sesuatu bangsa dan secara langsung memberi sokongan kepada perkembangan seni visual tanahair. Â