PAMERAN TERBUKA
GALERI SHAH ALAM
2024
Pengenalan
Pameran Terbuka bermula sejak 1991 dan merupakan aktiviti tahunan anjuran Galeri Shah Alam (GSA) Yayasan Seni Selangor Darul Ehsan.
Bagi tahun 2024 PTGSA telah menjangkau usia 31 tahun sejak penubuhan Galeri Shah Alam.
5 Penerima Anugerah PTGSA bernilai RM3,000 setiap satu.
Penyertaan PTGSA kini hanya diterima melalui atas talian sahaja
Objektif
Mencungkil dan mengasah bakat seni visual dikalangan penggiat seni tanah air.
Memberi peluang dan kemudahan kepada karyawan seni visual bagi mempamerkan dan memperkenalkan karya kepada masyarakat umum.
Mewujudkan hubungan dan akrab antara GSA dan karyawan seni visual tanah air.
Mencari golongan pelapis yang berpotensi tinggi untuk menampilkan hasil karya yang kreatif, inovatif dan mempunyai nilai estetika yang tinggi.
Syarat asas penyertaan
Syarat & Peraturan
Terbuka kepada Warganegera Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
Staf GSA tidak dibenarkan menyertai pameran ini.
Yuran penyertaan sebanyak RM30.00 akan dikenakan kepada yang LAYAK BERPAMER SAHAJA.
Pembayaran secara atas talian kepada akaun bank:
CIMB: 8001943956
Yayasan Seni Selangor Darul Ehsan
Baju-T akan diberikan dan digalakkan memakai ketika majlis perasmian PTGSA'24 (mengikut keadaan semasa).
Sijil penyertaan akan diberikan kepada peserta yang TERPILIH sahaja.
Karya dihantar mestilah milik asal peserta dan dihasilkan pada tahun 2024 sahaja.
Tidak pernah ditawarkan untuk dijual, diterbitkan atau dipamerkan secara umum.
Sekiranya karya asal TIDAK SAMA dengan karya digital atau karya TIDAK memenuhi syarat akan DITOLAK serta merta.
GSA akan mengenakan potongan 15% pada setiap jualan karya.
GSA berhak mendapatkan salinan rakaman karya.
Tema & Media
Tema adalah BEBAS dengan syarat tidak menyentuh dan menyinggung mana-mana agama,bangsa, dan perundangan.
Penggunaan media adalah BEBAS selagi tidak mendatangkan kemudaratan dan menjejaskan kesihatan individu lain.
Penggunaan bahan organik dan serat yang akan menyebabkan kerosakan pada karya TIDAK DIBENARKAN.
Penghantaran Karya
GSA tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua kehilangan / kerosakan karya semasa penghantaran ke GSA.
Selepas penjurian fasa 1, peserta yang telah menerima makluman emel diminta untuk hantar karya untuk penjurian fasa 2 & 3.
Karya hendaklah dihantar terus ke alamat:
Galeri Shah Alam,
Persiaran Tasik, Seksyen 14,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Pengambilan Karya
Peserta yang tidak terpilih mestilah menuntut karya pada tarikh yang akan dimaklumkan melalui e-mel.
Waktu pengambilan karya pada jam 10:00 pagi - 5:00 petang (Isnin - Jumaat SAHAJA)
Peserta yang terpilih menyertai PTGSA'23 mestilah MENUNTUT karya 2 MINGGU selepas dari tarikh TAMAT pameran.
Bagi memudahkan urusan serahan karya, peserta digalakkan menghubungi GSA dengan memberi butiran karya sehari sebelum tarikh pengambilan.
Karya yang TIDAK DITUNTUT pada 2 minggu selepas tamat pameran adalah dianggap sebagai HAK MILIK GSA dan boleh dilupuskan dalam apa-apa cara yang dianggap sesuai oleh GSA
Peserta boleh menghantar wakil untuk menuntut karya dengan syarat disertakan bersama SURAT KEBENARAN PESERTA sebagai bukti.
Insurans
Peserta dinasihatkan menginsurankan karya mereka bagi tempoh SEBELUM, SEMASA dan SELEPAS pameran berlangsung.
Jawatankuasa Pemilihan
Karya akan dinilai oleh panel juri profesional berdasarkan 4 kriteria berikut: Kreativiti, mesej, komposisi dan teknik.
KEPUTUSAN JURI ADALAH MUKTAMAD.
Hak cipta / harta intelektual
GSA berhak untuk mempamerkan, mengarkibkan dan menghasilkan semula imej karya peserta secara eksklusif bagi tujuan promosi, tanpa had serta bayaran royalti.
Sebarang maklumat peribadi yang diberikan kepada GSA akan dilindungi dibawah Akta 709: Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (APDP).
Lokasi
Galeri Shah Alam, Persiaran Tasik, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Malaysia