Selamat datang ke pameran maya Lintas Akal!
Pameran Berkumpulan Malaysia – Indonesia, pelukis yang dihimpunkan untuk satu pameran dalam satu genre penghasilan karya yang cenderung kepada genre berbentuk idea introspeksi atau muhasabah iaitu proses penilaian diri dari segi fikiran, idea dan perasaan. Empat pelukis daripada Malaysia dan tiga pelukis daripada Indonesia bergabungan dalam satu idea karya istrospeksi dari Malaysia iaitu Abdullah Jones, Khairulsani Ismail, Dr. Rosli Zakaria, dan Dr. Verly Veto Vermol. Manakala pelukis daripada Indonesia adalah Ali Umar, Januri, dan Agung ‘Pekik’ Hanafi.
Pameran maya berlangsung pada 10 Januari 2022 - 28 Februari 2022
Anjuran
Dengan kerjasama
LINTAS AKAL
"Lintas " membawa maksud sesuatu perkara perlakuan untuk menyeberangi atau merentas yang lebih merujuk kepada perjalanan. "Akal" pula merujuk pada fikiran. Rasional tajuk "Lintas Akal" dipilih berdasarkan hasil karya pelukis-pelukis yang ditampilkan ini memerlukan seseorang merentasi pemikiran dalam pengamatan dan pembacaan karya secara berlapis. Ini kerana keunikan penghasilan karya sama ada dalam bentuk catan mahupun arca memberi satu permainan pemikiran kepada orang ramai untuk menilai dan mencari maksud tersirat karya.
OBJEKTIF
Memberi nafas baharu dalam berpameran antara 2 negara Malaysia - Indonesia dengan menampilkan penghasilkan karya-karya khas yang mempunyai kelainan idea daripada pengkarya Malaysia - Indonesia sama ada dalam bentuk catan mahupun arca secara fizikal dan secara maya.
Menjalinkan kolobrasi pelukis-pelukis Malaysia dan Indonesia berpameran untuk memberi satu kelainan dengan menampilkan genre idea karya yang tersendiri dengan menggunakan konsep pemikiran muhasabah dan penyataan maksud karya berlapis.
Mempersembahkan keunikan karya berbentuk idea introspeksi dalam pameran Malaysia - Indonesia buat julung-julung kalinya.
PENGISIAN PROGRAM
Kembara Lintas Akal Malaysia ke Jogjakarta, Indonesia 2020
Live Facebook & Youtube "Apa Khabar Lintas Akal Malaysia Indonesia"
Pameran Maya #sketcher Lintas Akal Malaysia-Indonesia (10 Januari 2022 - 28 Februari 2022)
Bengkel sketch dalam Santai Seni Bersama Dr. Verly (Malaysia)
Bengkel skecth dalam Santai Seni Bersama Januri (Indonesia)
PERASMIAN MAYA
Tarikh
Jumaat , 21 Januari 2022
Masa
9:00 malam (Waktu Malaysia)
8:00 malam (Waktu Barat Indonesia)
Pelantar
Facebook Page Lintas Akal
Dr.Rosli Zakaria
Abdullah Jones
Agung Pekik Hanafi
Ali Umar
Dr. Verly Veto Vermol
Januri
Khairulsani Ismail
KARYA ABDULLAH JONES
KARYA AGUNG PEKIK HANAFI
ALI UMAR
DR.VERLY VETO VERMOL
JANURI
KHAIRULSANI ISMAIL