PENGENALAN

"selangkah ke perpustakaan, sejuta pengetahuan"

"Buku adalah universiti yang boleh dibawa ke mana-mana"

Selamat datang ke Perpustakaan Ibnu Sina IPG Kampus Tawau

Perpustakaan Institut Pendidkan Guru Kampus Tawau merupakan pusat akademik yang berfungsi atau berperanan sebagai ‘Nadi’ bagi semua pelajar dan semua staf dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Perpustakaan yang diwujudkan dapat memberikan manfaat atau faedah bagi semua warga Institut Pendidkan Guru Kampus Tawau khasnya kepada staf akademik, staf sokongan dan pelajar. Dalam hubungan ini, warga institut sebagai pengguna perlulah melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan memaparkan sifat-sifat yang wajar, matang dan positif serta menghargai perkhidmatan yang disediakan.



VISI

Perpustakaan untuk Pendidikan keguruan yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.


MISI

  1. Membolehkan semua pengguna mengakses informasi yang diperlukan melaui kaedah mudah, efisyen dan efektif.

  2. Memperolehi dan mengguna kemahiran mengurus, menilai serta mengaplikasikan maklumat ke arah peningkatan pengetahuan dan profesionalisme guru.

  3. Menggalakkan minat membaca dan belajar sepanjang hayat dalam kalangan pengguna.



Objektif

  1. Membantu pelaksanaan kurikulum perguruan dengan keperluan semasa.

  2. Membangunkan koleksi bahan yang memenuhi kerperluan pengguna.

  3. Menyediakan pelbagai maklumat dalam pelbagai sumber kepada pengguna.

  4. Menyokong proses pengajaran dan pembelajaran.

  5. Menggalakkan tabiat belajar dan minat membaca.

  6. Menyediakan khidmat pembaca dengan kemahiran mencari bahan.

  7. Membantu dalam proses R & D.