Pakaian
Cheongsam
Sejenis pakaian panjang yang direka ketat di sebelah kiri dan kanan pinggang untuk menonjolkan bentuk tubuh seseorang pemakai perempuan.
Diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera dan kain satin.
Ia mempunyai kolar yang tinggi dan butang yang dikenali sebagai hua niu pada bahu.
Terdapat motif seperti bunga, naga, dan burung yang disulam pada permukaan cheongsam dengan menggunakan benang emas.
Kini hanya dipakai sempena perayaan Tahun Baru Cina dan majlis perkahwinan sahaja.
Samfu
Istilah Samfu telah membawa maksud "baju dan seluar"
Dipakai oleh lelaki berketurunan Cina
Terdiri daripada kolar yang tinggi serta baju dan seluar yang longgar
Diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera
Jarang dipakai kecuali pada sambutan Tahun Baru Cina atau majlis perkahwinan