Galeri

Sekitar Bengkel Google Classroom yang telah dilaksanakan bagi memantapkan kemahiran pensyarah menggunakan aplikasi google sebagai plafform pembelajaran digital.

Foto menunjukkan para pensyarah sedang menyediakan Google Classroom

Sekitar Bengkel Pembangunan Kurikulum berlangsung pada 19-22 JULAI 2022 (SELASA HINGGA JUMAAT). Bengkel Pembangunan Kurikulum atau lebih dikenali dengan BPK merupakan platform terbaik kepada semua pensyarah merancang pengajaran dan pembelajaran bagi sesi pengajian yang akan bermula tidak lama lagi iaitu 8 Ogos 2022. Bengkel selama empat hari anjuran Jabatan Kecemerlangan Akademik, IPG Kampus Ilmu Khas membekalkan input-input seperti:

Laporan Akademik, Perancangan Akademik, Penulisan PT-03-02, Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB), Digital Learning Object (DLO), Kerja Kursus dan Rubrik Pentaksiran, CDL-CCQI serta Informasi Praktikum. Menerusi BPK ini juga para pensyarah di jabatan berpeluang menjalankan perbincangan profesional dalam merancang melaksanakan KPPB samada secara inter atau intra disiplin. Disamping itu, menerusi program ini juga semua pensyarah berpeluang untuk meluangkan masa untuk merangka Digital Learning Object (DLO) untuk kursus yang diajar.

Bengkel Pembinaan Bahan Digital Learning Object (Dlo) Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) Tahun 2022 telah dilaksanakan pada 5-7 September 2022 di Dewan Dato Razali Ismail IPG Kampus Ilmu Khas. Seramai 120 orang perserta dari Zon Tengah telah didedahkan cara merungkai dan merangkai MK RMK untuk penghasilan Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) dan Digital Learning Object (DLO) menggunakan Google Sites. Peserta juga didedahkan dengan elemen pembelajaran digital untuk diintegrasikan dalam projek DLO-KPPB.

InAC 2022 telah berlangsung selama 3 hari iaitu pada 26 hingga 28 Oktober 2022 yang menggabungkan tiga program dalam satu iaitu, Seminar Penyelidikan, Showcase Kapasiti Pedagogi Dan Pembelajaran Bermakna (KPPB) serta Karnival Inovasi. Sebanyak 10 jabatan telah mengadakan showcasa DLO-KPPB.