PENGENALAN
Karnival ini dianjurkan oleh Jabatan Sains dan Matematik IPGK Ipoh bertemakan “Revolusi Pendidikan Sains dan Matematik Ke arah iR4.0”. Karnival ini merupakan satu program tahunan Jabatan Sains dan Matematik IPGK Ipoh. Tujuan utama program ini adalah untuk menarik minat dan membuka ruang kepada semua siswa guru menghayati dan memahami kepentingan serta sumbangan mata pelajaran Sains dan Matematik di dalam revolusi industri. Segala ciptaan dan hasil industri adalah berasaskan kepada ilmu matematik yang perlu didalami serta dikuasai oleh anak murid di sekolah. Karnival ini merupakan satu peletakan batu asas kepada pelbagai program yang akan datang di masa hadapan bagi memberi kesedaran tentang kepentingan menguasai ilmu sains dan matematik. Karnival ini telah dirancang agar ia mampu menjadi perangsang kepada siswa guru IPGM khususnya menanam minat dan sayangkan mata pelajaran Sains dan Matematik serta dapat melahirkan guru-guru yang berketrampilan, kreatif dan inovatif.
PENDAFTARAN PESERTA DIBUKA DARI
20 OGOS 2021 HINGGA 31 OGOS 2021
PENYERTAAN ADALAH PERCUMA
RASIONAL
1.1 Membuka peluang meneroka alam Sains dan Matematik di luar bilik darjah melalui pertandingan dan permainan.
1.2 Melatih siswa guru mencari informasi berguna semasa terlibat di dalam aktiviti yang dianjurkan.
1.3 Untuk melahirkan siswa guru yang kompeten serta inovatif dan kreatif selaras dengan hasrat PPPM, Gelombang 3 beranjak ke arah kecemerlangan dengan peningkatan keluwesan operasi.
1.4 Melahirkan siswa guru yang bersatu padu melalui pertandingan atau permainan secara berkumpulan yang terdiri daripada pelbagai kaum.
OBJEKTIF
1.1 Untuk meningkatkan minat siswa guru terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik.
1.2 Mencungkil bakat siswa guru di dalam bidang penyelidikan dan pembangunan inovasi sains dan kejuruteraan serta Matematik (STEM).
1.3 Memperkembangkan potensi dan kemahiran saintifik siswa guru dalam membuat kajian terkini.
1.4 Mengembangkan kebolehan dan penciptaan siswa guru dalam bidang sains, kejuruteraan dan Matematik ke platform yang lebih tinggi.
1.5 Menarik minat siswa guru supaya dapat merancang aktiviti-aktiviti yang bermakna dan menyeronokan semasa PdPc di dalam bilik darjah.
JAWATANKUASA INDUK
PENAUNG : REKTOR, IPGM, KPM
PENASIHAT 1 : PENGARAH IPGKI
DR YAHYA B. OSMAN
PENASIHAT 2 : TIMBALAN PENGARAH IPGKI
EN MOHD KHADRI B. FAZIL RAHMAN
PENGERUSI : KJ SAINS DAN MATEMATIK
EN ROSLAN B. SAARI
TIMBALAN PENGERUSI : PENOLONG KJ SAINS DAN MATEMATIK
DR RAVIKUMAR A/L K.VARATHARAJ
PENYELARAS KARNIVAL : DR RAVIKUMAR A/L K.VARATHARAJ
SETIAUSAHA : DR RAVINTHERAN A/L KALIMUTHU
BENDAHARI : DR RAJESWARI A/P VELLU PILLAI
JAWATANKUASA PELAKSANA
PENYELARAS KARNIVAL : DR RAVIKUMAR A/L K.VARATHARAJ
SETIAUSAHA : DR RAVINTHERAN A/L KALIMUTHU
BENDAHARI : DR RAJESWARI A/P VELLU PILLAI
AHLI JAWATANKUASA
PUBLISITI & SERANTA : EN MOHD KHIRIL ANUAR B. ZULKURNAIN
EN MAZLAN B. MUHAMMAD
TEKNIKAL : DR MATHAN A/L BALRAMAN
DR NORHASHIMAH BT. ABU BAKAR
EN JOHNSON A/L SAVARIMUTHU
PENGACARA MAJLIS : DR NORADZIMAH BT. ABDUL MAJID
DOKUMENTASI : CIK HO WEN JYE
PN LIEW PHAIK HOON
PENDAFTARAN & KEHADIRAN : DR ONG YOKE MOOI
CENDERAHATI & SIJIL : DR HARIZON BT. SUFFIAN
DR HAIRANI BT. HARIS
PERTANDINGAN : PN ROSMAH BT. RAMLI