Konsep Asas Moral

Pengenalan kepada konsep nilai

Mari kita mulakan dengan sebuah permainan.

Permainan: Fakta atau Pendapat?

Arahan: Masukkan ayat-ayat yang diberikan ke dalam kumpulan yang sesuai. Klik imej di bawah untuk bermain.

Selesai bermain? Baiklah, dalam pertuturan atau penulisan, kita sentiasa menyatakan kedua-duanya iaitu 

          Fakta atau Pendapat.     

Dalam kamus, 'fakta' ialah maklumat tentang sesuatu, sesuatu yang benar-benar berlaku dan sesuatu kebenaran yang dapat dibuktikan. Manakala 'pendapat' pula ialah pendirian, pandangan, fikiran, sikap atau kesimpulan tentang sesuatu perkara.

Secara ilmiah atau akademik, kedua-dua pernyataan ini juga dikenal sebagai 

Pernyataan Deskriptif dan Pernyataan Normatif.

Bagi lebih memahami kedua-duanya, jom kita bermain sebuah permainan lagi.

Permainan: Deskriptif atau Normatif?

Arahan: Kategorikan pernyataan-pernyataan yang dipaparkan. Klik butang di bawah untuk bermain.

Dapatkah anda bezakan antara dua jenis pernyataan tersebut? 

Ya, deskriptif bersifat gambaran atau pelaporan fakta tentang sesuatu perkara secara logikal atau empirikal, normatif pula adalah pernyataan yang melahirkan pertimbangan nilai sama ada nilai yang berbentuk moral atau bukan moral. Pernyataan deskriptif tidak melibatkan pertimbangan nilai atau disebut sebagai bebas nilai.

       

Perbincangan seterusnya adalah tentang Konsep Asas Nilai.

1 2>>