Dasar Pembelajaran

Dasar Pembelajaran Digital IPG (DaPeD IPG)


Dasar Pembelajaran Digital Institut Pendidikan Guru (DaPeD) dibangunkan bagi menyokong Pelan Strategik Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia (IPG KPM) yang menuntut penyediaan satu kerangka pembelajaran digital berkualiti bagi membangunkan modal insan bertaraf dunia melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) (Kementerian Pengajian Tinggi, 2011). Penggunaan TMK dalam pendidikan telah mengubah cara penyampaian dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP). DaPeD dibangunkan sejajar dengan aspirasi Dasar TMK IPG, Dasar Transformasi IPG dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 untuk menyediakan latihan guru bertaraf dunia seiring dengan aspirasi transformasi pendidikan negara dan visi IPG KPM.

Visi

IPG KPM merealisasikan pendidikan global menerusi wahana pembelajaran digital.

Misi

Melestarikan pendidikan IPG KPM yang berdaya saing melalui pembelajaran digital.