SEJARAH RINGKAS LAMBANG PALANG MERAH & BULAN SABIT MERAH

  • Lambang Palang Merah dipilih sebagai satu penghargaan kepada negara Switzerland (Palang Merah yang berlatar belakangkan putih sepertimana warna bendera Kebangsaan Swiss yang diterbalikkan). Ia wujud untuk menentukan perlindungan bagi mereka yang tercedera di masa perang dan anggota yang menjaga dan merawat mereka.

  • Pada November 1876, Turki yang sedang berperang dengan Rusia telah mengumumkan kepada Majlis Persekutuan Swiss, sebagai penjaga Konvensyen Geneva, bahawa lambang Palang Merah menghina kepercayaan agama anggota tenteranya dan mereka menggunakan lambang Bulan Sabit Merah untuk perkhidmatan ambulan mereka.

  • Langkah tersebut diikuti oleh banyak negara Arab dan negara yang banyak penduduk muslim. Sebanyak 29 buah negara sekarang menggunakan lambang Bulan Sabit Merah untuk menandakan orang dan barang yang dilindungi oleh Konvensyen Geneva. Negara yang menandatangai Konvensyen Geneva mestilah mengawal penggunaan lambang tersebut. Ia hanya boleh dipamerkan di atas kenderaan, kapal terbang, kapal laut, bangunan, pembinaan dan juga orang yang ditugaskan untuk menjaga dan mengangkut mereka yang tercerdera akibat perang.


Lambang Rasmi BSMM

LAMBANG PALANG MERAH

Lambang perkhidmatan perubatan dalam perang dan dimasukkan dalam peraturan peperangan. Dipakai pada bendera yang digunakan di hospital, ambulans dan pasukan keselamatan serta dipakai pada lengan orang yang menandakan berada di pihak yang neutral. Bangunan, kenderaan atau orang yang ada lambang ini tidak boleh diserang dan perlu diberi perlindungan dan pertolongan oleh mana-mana pihak.

LAMBANG BULAN SABIT MERAH


Berasal dari lambang palang merah yang telah diiktiraf oleh Persidangan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1929. Lambang ini digunakan oleh pasukan penyelamat dan kakitangan perubatan untuk mengelakkan mereka daripada diserang ketika peperangan.

Logo Rasmi Bulan Sabit Merah (BSMM)

Seperti persatuan yang lain, BSMM juga mempunyai logo rasminya yang tersendiri. Logo ini menjadi identiti utama BSMM bagi membezakan gerakan persatuan ini dengan persatuan yang lain.


LOGO RASMI BSMM

Logo rasmi ini lazimnya digunakan dan dilekatkan pada pakaian seragam.

Cogan Kata BSMM