KETUMPATAN
Ketumpatan (ρ) ( Mass density)
Ketumpatan bahan ditakrifkan sebagai kuantiti jisim yang terdapat dalam satu unit isipadu bahan tersebut.
Untuk keadaan isipadu yang sama, ketumpatan menggambarkan berat atau ringannya sesuatu bahan itu berbanding dengan bahan lain.
Sebagai contoh: Nilai ketumpatan air iaitu 1000kg/m3.
BERAT TENTU
Berat tentu (w) (specific weight)
Ditakrifkan sebagai berat per unit isipadu.( Unit SI, N/m3 )
(dimana g = 9.81m/saat2)
ISIPADU TENTU
Isipadu tentu, (v ) (specific volume)
Isipadu yang mengandungi satu unit jisim sistem tersebut (m3/kg ). Isipadu tentu ialah salingan ketumpatan jisim (ρ) iaitu l:
KELIKATAN
Kelikatan
Bendalir berubah bentuk akibat daripada tindakan daya ricih yang bertindak terhadap bendalir.
Perubahan ini pastinya berbeza –beza di antara satu bendalir dengan bendalir lain.
Perbezaan ini dinamai kelikatan.
Kelikatan juga ditakrifkan sebagai nilai rintangan bendalir tersebut terhadap perubahan bentuk dalam arah daya ricih atau daya putaran.