Idea penubuhan pergerakan ini berasal daripada seorang ahli perniagaan yang merupakan warga Switzerland. Catatan jurnalnya telah dibukukan dan dijadikan inspirasi terbinanya Palang Merah Antarabangsa dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa.

BANDAR GENEVA, SWITZERLAND

SIR HENRY DUNANT

biodata PENGASAS

  • Dikenali sebagai Bapa Palang Merah

  • Nama sebenar beliau ialah Jean Henri Dunant

  • Beliau lahir pada 8 Mei 1828 di Geneva, Switzerland

  • Beliau merupakan anak kepada seorang usahawan yang berpengaruh di Geneva. Ibu beliau seorang yang kuat beragama

  • Dunant mengikuti jejak langkah kedua ibu bapanya apabila menceburi bidang perniagaan dan menyertai Kesatuan Kristian dan Yahudi dan League of Alms, demi membantu golongan yang kesusahan

sejarah antarabangsa

Jean Henry Dunant telah mencetuskan idea penubuhan pergerakan ini ketika berada dalam pertempuran di Solferino, Itali pada 1869. Pada masa itu, tiada perkhidmatan perubatan disediakan untuk mangsa dan para tentera. Dengan rasa empati dan simpati yang kuat, Henry Dunant telah bekerjasama dengan penduduk tempatan untuk menggerakkan bantuan pertolongan cemas kepada golongan yang tercedera.

Pengalaman itu ditulis dalam sebuah buku yang bertajuk A Memory of Solferino dan diterbitkan pada tahun 1862. Buku ini menjadi inspirasi untuk ketua-ketua kerajaan membentuk sebuah organisasi kemanusiaan antarabangsa yang berfungsi membantu tentera dan orang awam yang cedera semasa peperangan.

Buku Memori di Solferino






video khas

Video Animasi Pertempuran Solferino







kronologi sejarah penubuhan bsmm