SEJARAH PENUBUHAN PENGAKAP DUNIA .

  • Sejarah Pengakap Dunia bermula pada tahun 1907 di Pulau Brownsea,England.

  • Pergerakan Pengakap bermula apabila satu perkhemahan untuk budak-budak lelaki di pulau berkenaan.

  • Perkhemahan ini telah diilhamkan oleh Robert Stephenson Smith Baden Powell yang merupakan Bekas Mejar Tentera British yang penuh dengan pengalaman dari medan pertempuran.

  • Secara tidak langsung,bermula sejarah pergerakan pengakap dunia.Pergerakan Pengakap telah tersebar luas melalui peneroka dan pedagang British.

  • Pada tahun 1920,Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah diadakan di Olympia,London. Di sinilah beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengakap Dunia manakala kerajaan British menganugerahkan “Lord Baden of Gillwell” kepada beliau.

  • Pada tanggal 8 Januari 1941,beliau telah meninggal dunia di Paxtu,Kenya sebelum sempat menyambut ulangtahun ke 84.


SEJARAH PENGASAS PENGAKAP DUNIA

  • Lord Baden lahir pada 22 Februari 1857 di London,England.

  • Lord Baden gemar akan kegiatan dan kehidupan di luar dan beliau bersama abang-abangnya gemar melakukan aktiviti lasak seperti berjalan kaki,berkhemah dan belayar.

  • Pasukan beliau dihantar ke Afrika untuk menentang kaum Zulu.

  • Pada tahun 1899,beliau ditugaskan mempertahankan bandar Mafeking.Beliau telah menggunakan kanak-kanak sebagai utusan dan pemberi maklumat semasa pihak musuh mengepung bandar Mafeking.

  • Pada tahun 1907,beliau menulis buku "Aids to Scouting" yang merupakan rancangan latihan untuk belia lelaki.

  • Tahun 1919,beliau mengadakan tapak perkhemahan pengakap pertama di dunia di London.

  • Lord Baden meninggal dunia di Kenya pada 8 Januari 1941.

SEJARAH PENUBUHAN PENGAKAP DI MALAYSIA

  • Pergerakan Pengakap di Malaysia bermula pada tahun 1910 di Singapura dimana pengasasnya adalah F.C Sands seorang peneroka British.

  • Sebelum itu,beberapa percubaan telah dibuat di Pulau Pinang(1908) dan Selangor (1909) tetapi gagal bermula disini.

  • Pergerakan Pengakap telah berkembang pesat dimana kesemua negeri di Tanah Melayu dan Borneo telah memiliki sekurang-kurangnya satu pasukan pengakap pada ketika itu.

  • Berikut adalah senarai pengasas pergerakan pengakap di Negeri-Negeri Melayu dan Borneo.


F.C Sands di Singapura (1910)

H.R Cheesman di Pulau Pinang. (1915) dan Johor (1928)

I.E Wheeler di Perak (1926)

E.C Hicks , A.G Stuart , R.P.S Walker dan C.Bloomfield di Kedah (1922)

R. Brunnston di Melaka ( 1925 )

Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan ( 1925 )

Ameen Akhbar di Selangor ( 1926 )

A.J Cracle di Terengganu ( 1926 )

Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan ( 1927 )

Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 )

Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah ( 1913 )

Sarawak ( 1915 )

  • Perseketuan budak pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas perang dunia ke-2.

  • Persekutuan budak pengakap Tanah melayu telah menjadi ahli penuh persidangan pengakap sedunia pada 1 September 1957.