Intelligent Certificate (iCERT) merupakan sistem pengurusan sijil pintar atas talian. Sistem ini dibangunkan bagi membantu tadbir urus pengurusan dan pentadbiran yang lebih berkesan dan cekap ke arah Revolusi Industri 4.0, penjimatan dari segi kos, masa, perbelanjaan berhemah dan ergonomik. Sistem ini juga membolehkan semua maklumat peserta disimpan dalam pangkalan data dan capaian ketulenan sijil dengan lebih cepat melalui QR kod dan nombor siri serta mengurangkan penggunaan kertas sijil secara optima dengan mewujudkan konsep “paperless”. iCERT dibangunkan menggunakan platform Google.
Menghasilkan sebuah sistem pengurusan sijil pintar yang digunakan dalam membantu tadbir urus pengurusan dan pentadbiran yang lebih berkesan dan cekap ke arah Revolusi Industri 4.0.
Membantu organisasi dalam pengurusan perbelanjaan yang berhemah dari segi kos, masa, tenaga pegawai.
Membolehkan semua maklumat peserta disimpan dalam pangkalan data dan capaian ketulenan sijil dengan lebih cepat melalui QR kod dan nombor siri serta mengurangkan penggunaan kertas sijil secara optima dengan mewujudkan konsep “paperless”.
Fleksible dan mudah digunakan kerana peserta hanya perlu mengisi maklumat dalam borang (Google form) yang disediakan oleh penganjur.
Seterusnya, peserta akan menerima iCERT melalui emel.
Menjimatkan kos, masa, beban tenaga pegawai kerana institusi tidak perlu mengeluarkan kos bagi pembelian kertas sijil dan toner bagi cetakan sijil. Masa untuk cetakan sijil dapat dikurangkan dan dioptimakan serta beban tenaga pegawai dalam menghasilkan dan mencetak sijil dapat dikurangkan.
Semua maklumat peserta disimpan dalam pangkalan data dan capaian ketulenan sijil dengan lebih cepat melalui QR kod dan nombor siri.
PERTANDINGAN INOVASI
PENSYARAH TVET 2020
MALAYSIAN POLYTECHNIC
SUSTAINABILITY AWARD 2020