Pendaftaran tingkatan 1
panduan untuk waris baharu tingkatan 1
Waris boleh merujuk bahagian hal ehwal asrama untuk rujukan lengkap semua perkara mengenai hal ehwal di asrama, seperti jadual cuti, jadual warden, jadual guru bertugas, senarai guru kelas, senarai guru homeroom, jadual harian murid, barang larangan asrama, midnight study, perkhidmatan dobi, perkhidmatan bas, sakit di asrama, prosedur pulang bermalam dan outing, etika pemakaian di asrama dan sekolah, contoh surat rasmi, etika rambut murid dan nombor telefon warden dan pengurusan asrama (SILA TEKAN BUTANG KUNING DI BAWAH).
Waris juga boleh merujuk Paket Informasi Asrama STARULE di bawah untuk perkara yang sama, beberapa maklumat penting untuk waris dan murid baharu Tingkatan 1.
Selain daripada pengisian borang yang dimuat turun bersama Surat Tawaran, waris diminta untuk mengemas kini halaman ASIS dengan terperinci (bermula 20 Mac 2024), seperti maklumat gaji waris, maklumat adik-beradik dan rekod vaksinasi Covid 19 murid (rujuk Panduan Kemaskini ASIS).
Waris boleh merujuk Lampiran A di bawah untuk melengkapkan borang APDM yang diberikan.
Untuk persiapan murid dan waris mengenai struktur mata pelajaran dan sukatan di STARULe, sangat penting untuk waris merujuk Pakej Mata Pelajaran STARULe, dan juga cakna mengenai Muqarrar (Sukatan) Pengajian Al Quran.
Sebarang soalan, boleh diajukan ke dalam Group Telegram untuk Waris Tingkatan 1 di bawah.