Pidato ialah satu cabang seni penyampaian mesej secara lisan yang mengandungi idea, menaakul konsep, menghuraikan dan merumuskannya secara berkesan. Penyampaian pidato yang berkesan adalah secara bersahaja dalam bentuk nasihat, peringatan, penegasan, sindiran dan selingan kecindan yang bertujuan untuk mempengaruhi audien. Penyampaian pidato yang juga bergantung kepada kesesuaian nada dan gaya bukannya menggunakan emosi seperti dengan nada suara yang tinggi, menyanyi, dan bersyair. Sentuhan seni pidato adalah unik tidak seperti seni bahas yang bertujuan menegakkan dan mematikan hujah lawan. Justeru, pertandingan pidato ini dijalankan untuk memastikan kemahiran seni ini tidak terus lenyap ditelan zaman.
KATEGORI PENYERTAAN
Penyertaan terbuka kepada murid-murid sekolah rendah dan sekolah menengah warganegara Malaysia sama ada di Sekolah Rendah/Menengah Kebangsaan, Sekolah Rendah/Menengah Bantuan Kerajaan, Sekolah Rendah/Menengah Agama Negeri dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. Manakala, Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dibenarkan menyertai tetapi penyertaan sehingga peringkat negeri sahaja. Penyertaan ini tidak termasuk Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Pertandingan ini terbahagi kepada dua (2) kategori:
Sekolah Rendah : Murid Tahun 4 - 6
Sekolah Menengah Atas : Murid Tingkatan 4 - 5
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
Peserta sekolah menengah diberi masa tujuh (7 minit) untuk pidato bahagian pertama, dan empat (4 minit) untuk pidato bahagian kedua.
Bagi peserta sekolah rendah diberi masa lima (5 minit) untuk pidato bahagian pertama, dan tiga (3 minit) untuk pidato bahagian kedua
Loceng akan dibunyikan sekali, satu (1 minit ) sebelum tamat, dan dua kali setelah tamat bagi setiap kategori dan bahagian pertandingan.
Penyampaian pidato selepas loceng penamat dibunyikan bagi setiap bahagian pertandingan tidak akan diberi markah.
Sebarang kritikan terhadap isu sensitif yang berkaitan dengan agama, bangsa dan kebudayaan atau terhadap keperibadian seseorang adalah dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan markah adab dipotong.
Penggunaan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan adalah dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan markah adab dipotong.
Peserta yang membaca nota atau teks, menyentuh isu sensitif, menggunakan bahasa yang kurang sopan dan tidak sempat membuat kesimpulan (semua kesalahan tersebut/mana-mana satu daripadanya) tidak layak untuk diumumkan sebagai pemenang di semua kategori dan peringkat pertandingan.
Peserta pidato diwajibkan menggunakan pakaian seragam sekolah/pakaian kebangsaan.
Pengerusi majlis berhak menegur peserta yang melanggar mana-mana peraturan di atas.
SYARAT TAMBAHAN
Pidato yang dihantar dan dirakam tidak boleh menyentuh sensitiviti kaum, tiada unsur subversif atau apa-apa yang sensitif kepada mana-mana pihak.
Pemilihan tajuk pidato. Murid boleh memilih salah satu tajuk pidato yang disediakan oleh penganjur.
Pidato hendaklah dirakam secara melintang dalam format AVI atau MP4 dengan resolusi 1080P/720P dan dihantar dalam bentuk pautan kepada negeri penganjur.oleh peserta tanpa iringan muzik.
Suntingan audio dan video tidak dibenarkan.
Durasi video (pidato pertama) adalah antara lima (5) hingga tujuh (7) minit sahaja bagi sekolah menengah dan antara empat (4) hingga lima minit (5 minit) sahaja bagi sekolah rendah.
Rakaman video yang telah dirakam hendaklah dimuat naik dalam google form dan dihantar ke link yang diberikan
Peserta dikehendaki berpakaian sekolah yang lengkap.
Tarikh akhir penghantaran video adalah pada .
Pihak JPN akan membuat penjurian selepas tarikh tutup. Keputusan hakim adalah muktamat.
Sepuluh (10) peserta terbaik akan dihubungi oleh JPN untuk sesi pidato spontan di peringkat akhir. Johan akan mewakili negeri/JPN ke peringkat kebangsaan.
Peserta yang terpilih mewakili negeri masing-masing akan bertanding di peringkat kebangsaan juga secara atas talian bagi pidato pertama dan kedua di JPN masing-masing.