PELANCARAN DELIMa CERTIFIED TRAINING PROGRAMME (DCTP)

Apa itu DCTP?

Program Latihan Pensijilan Google (DELIMa Certified Training Program) merupakan sebuah program usahasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bersama-sama Google Malaysia yang diselaraskan oleh Arus Academy dengan kerjasama GEG Leader seluruh Malaysia.

Apakah objektif DcTP?

Antara tujuan program ini adalah untuk meningkatkan kemahiran guru-guru Malaysia dalam mendapatkan pengiktirafan daripada Google International melalui :

  1. Google Certified Educator Level 1

  2. Google Certified Educator Level 2

Kenapa perlu mohon DCTP?

  1. Mendapatkan pensijilan antarabangsa

  2. Mendapat pengiktirafan KPM

  3. Berhak menggunakan branding Google secara aman

Bagaimana untuk mengikuti DCTP?

  1. ​Ikuti modul-modul kursus sebagai persiapan awal. Berkonsep "flipped learning". Lengkapkan kursus kendiri dalam talian tersebut. Terima sijil setiap unit.

  2. Daftar masuk ke Group GEG. Muat naik sijil yang diterima.

  3. Terima pautan group Telegram Bimbingan GEG. Dapatkan bimbingan tambahan bersama GCT yang telah dilantik.

  4. Ikuti webinar dari semasa ke semasa.

  5. Terima sijil setiap webinar persediaan TERUTAMANYA webinar persiapan peperiksaan GCE.

  6. Terima baucer menduduki peperiksaan GCE.

Ikuti 6 langkah untuk mengikuti persiapan program ini dan video penerangan di sini.

Tips : Pastikan 6 langkah ini diikuti dengan BAIK. Elakkan melangkaui langkah-langkah ini.

Siapa yang boleh memohon DCTP?

Buat sementera ini, semua guru di Malaysia SAHAJA layak memohon dan mengikuti program ini. Semua pemegang g-xxxxxxxx@moe-dl.edu.my

Pegawai KPM dan pensyarah selaian sekolah MUNGKIN akan dibuka permohonannya pada masa akan datang.

Di mana saya boleh mendaftar DCTP?

Berapa kos DCTP?

  1. Google Certified Educator Level 1 = $15

  2. Google Certified Educator Level = $25

  3. Akan dimaklumkan kemudian


Segala perbelanjaan untuk latihan, bimbingan dan bayaran baucher ujian akan ditaja oleh pihak Google Malaysia dan KPM.

AKTIVITI TERKINI

Selamat berkursus rakan-rakan guru di dalam Program Latihan Pensijilan DELIMa bagi membantu anda memperolehi pensijilan dari pihak Google.

Pastikan anda menggunakan akaun DELIMa untuk membuka pautan LATIHAN dan KURSUS ini.