Sistem eSWIS v2 ( https://eswisv2.doe.gov.my/ ) akan digunakan pada 1 Januari 2025. Fasa pelaksanaan awal adalah melibatkan kemaskini maklumat profil, email,notifikasi BT, WC, WAC dan TWG sahaja.
Aktiviti inventori Januari 2025 dan Janaan CN bagi bulan Januari masih menggunakan Sistem eSWIS lama di https://eswis.doe.gov.my sehingga penggunaan sepenuhnya Sistem eSWIS v2 pada April 2025.
TERKINI: Tarikh baharu pelaksanaan Fasa 2 atau penggunaan sepenuhnya Sistem eSWISv2 adalah pada 1 April 2025.
Untuk maklumat modul inventori dan consignment note masih belum diaktifkan penggunaannya dan hanya akan diaktifkan semasa fasa 2 pelaksanaan eSWIS (1 April 2024) bermula.
Pada masa ini, sila gunakan eswis v1 untuk inventori dan consignment note.
Ya.
Pada masa ini, premis masih perlu menggunakan kedua-dua sistem sehingga pelaksanaan penuh penggunaan Sistem eSWIS pada 1 Mac 2025.
Tarikh penting yang perlu diambil perhatian oleh premis adalah:
Fasa 1 [ 1 Januari 2025 – 31 Mac 2025]
Tindakan melalui Sistem eSWIS v2 (https://eswisv2.doe.gov.my) :
Semakan profil premis (untuk premis yang mempunyai DOE File number)
Kemaskini email
Kemaskini notifikasi BT
Kemaskini WC atau WAC atau kedua-duanya
Kemaskini TWG
Tindakan melalui Sistem eSWIS lama ( https://eswis.doe.gov.my )
Inventori Januari, Februari dan Mac 2025
Janaan CN bagi bulan Januari, Februari dan Mac
Fasa 2 [ 1 April 2025]
• Penggunaan Sistem eSWIS v2 sepenuhnya pada https://eswisv2.doe.gov.my. Sistem eSWIS lama dibuka kepada premis untuk rujukan data sahaja
• Inventori dan Janaan CN bagi bulan April 2025 akan menggunakan Sistem eSWIS v2 sepenuhnya.
• Premis perlu pastikan maklumat TWG telah dikemaskini.
Pengoperasian Sistem eSWIS lama ditutup. Capaian adalah untuk untuk rujukan data sahaja.
Penggunaan Sistem eSWIS v2 sepenuhnya ( https://eswisv2.doe.gov.my )
Inventori dan Janaan CN bagi bulan April 2025 akan menggunakan Sistem eSWIS v2 sepenuhnya. Sekiranya terdapat baki inventori dari bulan Mac (pada sistem lama), premis perlu kemaskini dalam bulan April 2025 melalui Sistem eSWIS v2.
Tindakan yang perlu dilaksanakan (pastikan mengikut urutan) oleh setiap premis adalah seperti di bawah:
TINDAKAN OLEH PREMIS PENGHASIL BT ( WG- WASTE GENERATOR)
Pendaftaran samada menggunakan DOE File Number atau tanpa DOE. File Number.
Kemaskini maklumat raw material dan notifikasi BT melalui modul Notification.
Kemaskini maklumat Waste Characteristic (WC) untuk setiap notifikasi BT yang telah dibuat. Isi maklumat berdasarkan analisis kimia yang telah dijalankan. Bagi kod BT yang tidak memerlukan analisis kimia, premis hanya perlu mengemukakan maklumat yang diperlukan.
Buat permohonan TWG untuk setiap BT melalui modul Total Waste Generator. Senarai premis WR yang padan antara WC WG dengan WAC WR sahaja akan dipaparkan. Permohonan akan dihantar kepada WR untuk kelulusan. Hubungi WR sekiranya TWG masih tidak diluluskan
Kemaskini maklumat inventori bagi setiap BT pada modul Inventory. Maklumat perlu dikemaskini setiap bulan walaupun penghasilan adalah 0.
Janaan CN berdasarkan TWG yang telah dihasilkan
TINDAKAN OLEH PREMIS PENERIMA BT (WR - WASTE RECEIVER)
1. Pendaftaran menggunakan DOE File Number sahaja.
2. Kemaskini dan semak maklumat lesen kemudahan. Masukkan nombor lesen dan klik pada sync.
3. Kemaskini Jadual Pematuhan untuk premis yang mempunyai lesen kemudahan berikut:
· Premis kemudahan penstoran luar tapak (OSS)
· Premis kemudahan incinerator (Penunu BT)
· Premis kemudahan pengolahan di tanah
· Premis tapak pelupusan selamat
· Premis kemudahan pengolahan luar tapak
4. Kemaskini maklumat Waste Acceptance Criteria (WAC) untuk setiap lesen dan kod BT.
5. Semak dan peraku penerimaan untuk permohonan TWG yang telah dihantar oleh WG melalui modul Total Waste Generator. Permohonan akan dihantar terus kepada WR untuk kelulusan.
6. Kemaskini penerimaan CN melalui modul Consignment Note Recieving. WR perlu membuat penerimaan CN dalam tempoh 30 hari BT diambil dari.
7. Kemaskini waste handling. Sistem akan menjana certificate of destruction bagi setiap CN yang telah dikemaskini.
TINDAKAN OLEH PREMIS PENGANGKUT BT (WT - WASTE TRANSPORTER)
1. Pendaftaran menggunakan DOE File Number sahaja.
2. Kemaskini dan semak maklumat lesen pengangkut. Masukkan nombor lesen dan klik pada sync.
3. Semak nama pemandu dan kenderaan.
4. Setiap pemandu perlu muat turun aplikasi mobil eSWIS Pemandu
5. Pemandu perlu menggunakan aplikasi mobil untuk transaksi BT.
PERHATIAN! :
SILA RUJUK USER MANUAL PENGGUNAAN SISTEM YANG TELAH DISEDIAKAN PADA HALAMAN DEPAN SISTEM.
Tidak. Satu email hanya boleh didaftarkan untuk digunakan pada satu premis sahaja.
Tidak. Satu email hanya boleh didaftarkan untuk digunakan pada satu premis sahaja.
Fasa 1 (1 Januari 2025 – 31 Mac 2025)
i. Kemaskini Profil. Melalui Sistem eSWISv2 baharu, setiap premis hanya akan mempunyai satu akaun sahaja. Pendaftaran dan login pada Sistem eSWISv2 akan menggunakan email yang telah didaftarkan. Sekiranya premis tidak mengetahui DOE File Number, boleh hubungi JAS Negeri masing-masing.
ii. Kemaskini maklumat lesen (untuk fasiliti yang telah dilesenkan sahaja). Pengemaskinian kuantiti penerimaan secara lump sump bagi jenis lesen berikut:
a. Premis kemudahan penstoran luar tapak (OSS)
b. Premis kemudahan incinerator (Penunu BT)
c. Premis kemudahan pengolahan di tanah
d. Premis tapak pelupusan selamat
e. Premis kemudahan pengolahan luar tapak
iii. Kemaskini Notifikasi BT dan raw materials. Semak maklumat dari sistem lama.
iv. Kemaskini Waste Characteristic (WC) dan/atau Waste Acceptance Criteria (WAC) untuk setiap BT berdasarkan analisis makmal.
v. Kemaskini TWG secara online. Sekiranya nama premis WR (fasiliti) tidak tersenarai semasa padanan TWG, kemungkinan WC dan WAC tidak padan atau WR masih belum kemaskini WAC mereka.
vi. Semua pemandu kenderaan perlu berdaftar dengan aplikasi mobil eSWIS Pemandu. Aplikasi mobil ini boleh dimuat turun pada Google Play dan App Store.
Fasa 2 (1 April 2025)
• Penggunaan Sistem eSWISv2 sepenuhnya pada https://eswisv2.doe.gov.my
• Inventori dan Janaan CN bagi bulan April 2025 akan menggunakan Sistem eSWIS v2 sepenuhnya.
• Premis perlu pastikan maklumat TWG telah dikemaskini.
Fasa 1 [ 1 Januari 2025 – 31 Mac 2025]
Inventori Januari ,Februari dan Mac 2025
Janaan CN bagi bulan Januari dan Februari
Fasa 2 [ 1 April 2025]
Sistem eSWIS lama hanya akan dibuka untuk rujukan historical data premis sahaja.
Penggunaan Sistem eSWIS v2 sepenuhnya pada https://eswisv2.doe.gov.my
Sistem eSWIS lama : https://eswis.doe.gov.my
Sistem eSWIS v2 : https://eswisv2.doe.gov.my
Senarai kod buangan terjadual yang perlu dibuat analisa adalah:
https://drive.google.com/file/d/1_5bOPJWUZ0eNE2Kfq7e-Frywrbr9m8Ks/view?usp=sharing
Setiap premis yang ingin melakukan pelupusan buangan terjadual hanya boleh menghantar buangan terjadual tersebut kepada fasiliti yang telah dipilih melalui proses TWG. Permohonan TWG akan dilaksanakan secara online melalui Sistem eSWIS berdasarkan padanan WC dan WAC.
Kesimpulannya, melalui Sistem eSWIS V2 nanti CN hanya boleh dijana apabila WC/WAC dan TWG telah diwujudkan.
Sample buangan terjadual perlu dianalisa oleh makmal yang ditauliahkan di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) dengan parameter yang telah ditetapkan.
Senarai buangan yang perlu dihantar ke makmal untuk dianalisa adalah seperti di pautan berikut:
https://drive.google.com/file/d/1_5bOPJWUZ0eNE2Kfq7e-Frywrbr9m8Ks/view?usp=sharing
Bagi kod buangan terjadual yang tidak memerlukan analisa makmal pula, premis akan diminta untuk mengemukakan maklumat tambahan seperti kaedah penstoran, kawasan penstoran, dan lain-lain berkaitan.
Tidak. Premis hanya perlu muat naik keputusan WC dan WAC melalui Sistem eSWIS baharu (Sistem eSWIS v2) sahaja.
https://eswis.doe.gov.my/
https://eswisv2.doe.gov.my/
Aplikasi untuk pemandu kenderaan BT
Aplikasi untuk pemandu kenderaan BT
Sebarang soalan boleh email kepada : eswisadmin@doe.gov.my
Sila nyatakan nama premis, DOE File Number dan lampirkan screenshot (sekiranya ada) melalui email tersebut.