FAQ WC & WAC

Siapakah yang perlu mengemukakan Waste Characteristic (WC) dan Waste Acceptance Criteria (WAC) ?

Semua penghasil buangan terjadual (Waste Generator (WG)) perlu mengemukakan WC dan penerima buangan terjadual (Waste Receiver (WR)) perlu mengemukakan WAC.

Mengapa perlu mengemukakan WC atau WAC?

Sistem eSWIS sedang dalam proses naik taraf dan penjanaan CN melalui Sistem eSWIS baharu akan berdasarkan kepada padanan WC dan WAC. 

Apakah dokumen rujukan bagi mengemukakan WC dan WAC?

Pengguna boleh merujuk kepada "WAC Guide" yang boleh dimuat turun di Modul WC di dalam Sistem eSWIS.

Sample buangan terjadual perlu dianalisa oleh makmal yang ditauliahkan di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) dengan parameter yang telah ditetapkan dalam jadual yang dinyatakan di atas.

Apakah syarat untuk mengemukakan WC?

WG perlu memastikan maklumat waste type bagi setiap buangan terjadual yang dinotifikasi dalam Modul Notifikasi telah dilengkapkan.

Adakah semua buangan terjadual perlu di hantar ke makmal untuk dianalisa?

Senarai kod buangan dan parameter yang perlu dianalisa di makmal boleh diperolehi di "WAC Guide" yang boleh dimuat turun di Modul WC di dalam Sistem eSWIS.

Pada ruangan Supporting Document, dokumen apakah yang perlu dimuat naik ke dalam sistem?

Bagi kod buangan yang perlu dianalisa di makmal, premis perlu memuat naik laporan analisa kimia di bahagian supporting report. Bagi kod buangan yang tidak memerlukan analisa kimia, premis perlu memuatnaik gambar-gambar seperti kawasan penstoran, kaedah penstroran, gambar buangan terjadual yang dihasilkan atau apa-apa yang berkaitan buangan terjadual tersebut.

Bilakah tarikh akhir pengemaskinian WAC dan WC di Sistem eSWIS?

Bagi mengelakkan sebarang kesulitan pada masa akan datang, semua WG dan WR diminta untuk mengemaskini WC dan WAC sebelum 30 April 2024.

Bagaimanakah cara mengemaskini WAC dan WC pada Sistem eSWIS?

Pihak pengeluar buangan dan penerima buangan perlulah memasukkan laporan analisa kimia ke dalam Composition Map di dalam Modul WC dan WAC. Kod buangan dan parameter yang perlu dianalisa boleh disemak di dalam WAC Guide yang boleh dimuat turun di dalam Sistem eSWIS. 

Maklumat lanjut boleh diperolehi daripada manual pengguna berikut:  Manual Kemaskini WC dan WAC