PEMENANG PROGRAM TELAH DIUMUMKAN
Anda boleh mula menonton bahan rujukan di laman aktiviti modul dan mencari jawapan tugasan.
Serahan pertama adalah soalan Modul #1, dan akan dibuka selesai sesi Zoom/FB Live Modul tersebut.
Setiap borang jawapan akan dibuka setelah selesai sesi Zoom/FB Live.
Serahan terakhir adalah FINAL CHECKLIST.
Pendaftaran boleh dibuat di sini.
Jika pendaftaran anda berjaya, anda akan dijemput untuk menyertai laman Facebook yang didirikan khas untuk program ini.
Pendaftaran akan ditutup apabila:
Jumlah peserta mencapai 500 orang
Pada 31hb Disember 2021
Terdapat 11 modul untuk anda terokai. Setiap modul mempunyai 3-5 soalan. Jawapan-jawapan kepada soalan ini boleh ditemui melalui 3 cara:
Bahan bacaan atau pautan YouTube yang disediakan (1 jam)
Video syarahan (30 minit)
Sesi Zoom & FB live (2 jam)
Sesi Zoom & FB Live akan mengandungi petunjuk untuk membantu tugasan anda. Kehadiran juga akan dipantau. Oleh itu, jangan terlepas sesi ini.
Apabila anda sudah memperolehi semua jawapan untuk satu-satu modul, anda boleh menyerahkan di laman web modul tersebut melalui pautan yang diberikan. Hanya satu serahan dibenarkan untuk setiap modul.
Hantar borang CHECKLIST AKHIR apabila semua jawapan modul telah diserah.
Tarikh tutup serahan kesemua modul adalah 3hb Januari 2022.
Timestamp serahan Checklist akan dicatit untuk menentukan pemenang
Senarai pemenang dan peserta yang berjaya mendapat sijil akan diumumkan di sini seminggu selepas sesi FB live yang terakhir selesai di sini.
Hadiah yang diberikan adalah:
Wang pos RM100 untuk 50 orang pertama yang berjaya mendapat (i) markah tertinggi (ii) dalam masa paling singkat (mengikut timestamp serahan FINAL CHECKLIST )
RM15 baucer KFC untuk 350 orang pemenang seterusnya
Sijil yang ditandatangai YAB Dato' Menteri Besar Selangor untuk semua peserta yang berjaya menyerahkan kesemua tugasan.
Wang pos RM10 untuk semua peserta yang lengkap kehadirannya
Kesemua di atas akan dihantar melalui pos. Pastikan alamat anda tepat semasa pendaftaran program.