Terma:
Kos pengiklanan dan permasaran ditanggung sepenuhnya oleh pihak agen.
Agen perlu menjalani ujian kelayakkan yang ditetapkan DirectD.
Agen bertanggungjawab mempromosikan pelan ansuran telefon secara sah dan jujur.
Agen tidak dibenarkan memberikan maklumat palsu atau mengelirukan pelanggan.
Agen dilarang menggunakan nama syarikat untuk tujuan peribadi tanpa kebenaran.
Agen tidak dibenarkan membuat sebarang tuntutan palsu mengenai produk atau pelan ansuran.
Agen mesti menjaga imej syarikat dan mengelakkan sebarang tindakan yang boleh menjejaskan reputasi syarikat.
Syarikat berhak untuk menamatkan keahlian agen jika didapati melanggar mana-mana terma dan syarat yang ditetapkan.
Sekiranya agen ditamatkan kerana melanggar polisi, sebarang komisen yang tertunggak boleh dibatalkan.
Syarikat berhak untuk mengubah terma dan syarat ini tanpa notis awal.
Kelayakan:
Warganegara & Umur – Berumur 19 tahun hingga 45 tahun.
Pengalaman atau Minat dalam Jualan – Walaupun tidak wajib, pengalaman dalam pemasaran atau jualan boleh menjadi kelebihan.
Kemahiran Komunikasi – Mampu berkomunikasi dengan baik untuk meyakinkan pelanggan.
Tidak disenarai hitam oleh pihak bank.
Dokumen yang diperlukan:
Kad pengenalan (depan & belakang).
Bil elektrik / air / bil telefon alamat semasa
Penyata bank terkini
Gambar pemohon memegang kad pengenalan