Warga komuniti Kuala Lumpur yang dihormati,

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah mengambil inisiatif baharu dengan melaksanakan Community Inclusive And Participatory Budget (CIPB) dalam penyediaan belanjawan bagi tahun 2027. CIPB merupakan kaedah penyediaan belanjawan yang mengambil kira penyertaan daripada semua lapisan komuniti. Belanjawan DBKL 2027 juga mengambil kira Tindakan Iklim Inklusif (Inclusive Climate Action) bagi menangani dan mengurangkan kesan perubahan iklim yang sedang berlaku di seluruh dunia. Tinjauan Belanjawan DBKL 2027 ini diadakan bagi mendapatkan pandangan dan keperluan utama yang diperlukan oleh komuniti Kuala Lumpur bagi tahun 2027.

Hasil dapatan daripada Tinjauan Belanjawan 2027 ini akan dibawa ke Sesi Townhall Dan Focus Group Discussion (FGD) yang dijangka akan diadakan pada bulan Jun 2026. Bagi yang berminat akan dijemput sama hadir bagi menyumbang idea dan pendapat di dalam sesi berkenaan.
Kami amat menghargai maklum balas dari pihak tuan/puan.


Terima Kasih.