SEJARAH PENUBUHAN PERPUSTAKAAN DATO' HAJI SARMIN MD HUSSIN
Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) mula ditubuhkan pada tahun 1956 di atas sebidang tanah berkeluasan 11 ekar di Jalan Penghulu Abas, Bukit Baru, Melaka. Pada peringkat awal ianya dikenali sebagai Pusat Latihan Kastam Persekutuan sebelum bertukar nama kepada Sekolah Latihan Kastam Perseketuan pada 1957.
Pada tahun 1987, sekali lagi AKMAL telah dinaiktaraf dan ditukar kepada Maktab Kastam Diraja Malaysia. Seiring dengan perkembangan tersebut, peranan AKMAL semakin diperluaskan dan beberapa kemudahan untuk tujuan latihan telah dibangunkan termasuk bangunan perpustakaan.
Perpustakaan AKMAL dikenali dengan nama Pusat Sumber Maklumat Dato Hj. Sarmin mengambil nama sempena mantan pengarah AKMAL yang ke 12 (berkhidmat pada1999-2002). Ia telah dirasmikan pada 18 Julai 2000 bersamaan 16 Rabiulakhir 1421H oleh Ybhg. Datuk Ahmad Padzli bin Mohyiddin, Ketua Pengarah Kastam pada ketika itu.
Perpustakaan AKMAL dengan keluasan 4752 kps mampu untuk memuatkan lebih kurang 100 orang pengguna pada satu-satu masa. Menjadi pusat rujukan bagi pelatih-pelatih warga kastam dengan fokus kepada bahan-bahan berkaitan perkastaman, perintah-perintah, akta dan peraturan.
Pada April 2017, dengan bantuan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), perpustakaan mula menggunakan Sistem Perpustakaan Bersepadu iaitu sistem KOHA sebagai medium untuk merekod data pengguna dan bahan-bahan perpustakaan.
PAUTAN PANTAS