Personel Penilaian dan Verifikasi (PPV) merupakan salah satu daripada kategori Personel Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) yang diperaku oleh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran. PPV berperanan untuk menjalankan penilaian dan verifikasi luaran yang bertanggungjawab dalam jaminan kualiti pelaksanaan SPKM yang memenuhi keperluan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS). PPV boleh diperaku di kalangan individu yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan berpengalaman luas dalam bidang yang dimohon dan hendaklah memenuhi syarat yang sedang berkuatkuasa. 


Perakuan Personel Penilaian dan Verifikasi berdasarkan Kaedah Persijilan yang boleh dimohon secara dalam talian melalui Sistem MySPIKE