Semua urusan permohonan perakuan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui www.myspike.my;
Piagam Pelanggan permohonan yang lengkap diterima melalui MySPIKE akan diproses dalam tempoh 30 hari;
Permohonan yang mempunyai sekatan pada URL bagi dokumen lampiran akan ‘Dipulangkan’ dan akan diproses selepas personel ‘Hantar’ semula permohonan tersebut;
Pemohon perlu memastikan profil Senarai Pekerjaan dan Pengalaman di dalam sistem MySPIKE dikemaskini sebelum permohonan dihantar;
Personel boleh mengemukakan permohonan baharu 'Personel SPKM' sekiranya ruangan catatan memaparkan perkara yang belum memenuhi syarat ditetapkan;
Permohonan jawatan dalam program NOSS pada tahap tertinggi tidak merangkumi jawatan bagi tahap yang lebih rendah;
Permohonan jawatan bagi tahap yang berbeza hendaklah dikemukakan secara berasingan;
Hanya dokumen lampiran yang telah disertakan oleh pemohon semasa tarikh proses akan diambil sebagai dokumen sokongan permohonan;
Pindaan dokumen lampiran selepas permohonan diproses adalah tidak dibenarkan dan pemohon dikehendaki membuat permohonan baharu semula dengan mengemukakan URL yang mempunyai dokumen lampiran yang lengkap;
Perakuan PPV adalah sah digunakan bagi perjawatan dan program berkaitan dalam tempoh ENAM (6) tahun KECUALI Tambah Program akan mengikut tempoh perakuan terdahulu yang masih aktif.
Permohonan lulus akan aktif peranan bagi perjawatan dimohon dan personel boleh cetak surat Perakuan Sebagai Personel Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia yang mengandungi maklumat Perjawatan, Kod & Nama Program, Kod & Nama PB/PLK serta Tempoh Mula & Tamat Perakuan;
Permohonan pembaharuan hendaklah dibuat dalam tempoh ENAM (6) BULAN sebelum tamat tempoh perakuan dan Slip Penilaian Pembaharuan PPV hendaklah sah bagi tempoh 2 tahun bermula dari tarikh kursus semasa permohonan dihantar;
Personel ada rekod ‘Senarai Hitam’ sila pastikan telah diberi ‘pemutihan’ sebelum mengemukakan permohonan perakuan;
Permohonan lengkap yang diterima melalui MySPIKE akan dibawa ke mesyuarat personel;
Keputusan permohonan adalah tertakluk kepada keputusan mesyuarat.